Maklumat Produk
Description
(SIRI 1) MEE, BIHUN & KUEH TIOW
SEKARANG: RM 5.00 (-0%)
AHLI: RM 5.00 (-0%)
MAKLUMAT PRODUK
"Selain ikan, ayam merupakan pilihan utama lauk-pauk terutama waktu makan tengah hari atau malam. Ia juga dimasukkan sebagai bumbu nasi atau mihun goreng. Pelbagai masakan ayam seperti Ayam Mustika, Ayam Kalio atau Ayam Kofta pasti menggamit selera mereka yang inginkan kelainan. Kebanyakan resipi ayam amat mudah disediakan. Kaedah memasak juga tidak rumit. Contohnya, ayam digoreng, dimasak berkuah atau berempah, dikukus atau dijadikan sup. Pendek kata, ayam sesuai untuk sebarang jenis masakan. Ayam Masak Hijau (Thailand), Kari Jepun, Ayam Kicap Sarawak, Rendang Minang (Sumatera), Ayam Stroganof (Germany) adalah di antara masakan berasaskan ayam daripada beberapa tempat. Ia sudah menjadi sebahagian daripada menu kita sehari-harian kerana sesuai dengan selera masyarakat tempatan. Selain boleh dimakan dengan pelbagai jenis nasi, hidangan ayam ini juga sedap dimakan dengan pulut, roti atau lempeng. Jika suka pedas, anda juga boleh tambah sukatan serbuk cili, pes cili atau hirisan cili padi di dalam resipi tertentu. Bagi yang ingin sajian ringkas, pilihlah Salad Masam Manis Ayam, Sup Ayam Berjagung atau Jejari Ayam Berkeju. Jadi, pelbagai variasi ayam dapat memenuhi citarasa terdapat di dalam buku ini.
"• Dilahirkan di Bentong, Pahang. Merupakan pelajar di Assunta Convent MGS Kuantan. Meneruskan pengajian di Grimsby College of Technology dan Cardiff Tutorial College, United Kingdom. Pernah bekerja di firma swasta serta menjadi guru sandaran. Menjadi chef jemputan di Blue Wave Hotel, Shah Alam. Pernah terlibat dengan projek santapan di Restoran Mamanda, Singapura. Merupakan Adjunct Lecturer di Management and Science University, Shah Alam. • Telah menulis 122 buah buku dalam pelbagai genre. Antaranya 88 buah buku masakan dan ada yang dijual di Australia. Hasil sastera yang lain termasuklah novel, buku kanak-kanak, bukan fiksyen, buku coffee-table dan majalah. Drama 20 episod yang ditayangkan di Astro adalah diinspirasikan daripada novel ‘Ulam Kasih Sambal Cinta’. • Dilantik sebagai moderator untuk bengkel penulisan novel dan masakan. Dijemput sebagai ahli panel untuk forum dan seminar yang dianjurkan oleh sekolah, kolej dan universiti. Pernah muncul dalam lebih 100 program TV dan radio. Turut menjadi co-host “Bake & Sell” (rancangan realiti TV). Selain itu, merupakan Brand Ambassador bagi minyak masak Vesawit. • Sebagai Pembentang Kertas Kerja di Kongres Warisan Melayu Sedunia. Juga aktif sebagai editor Persatuan Sejarah Selangor dan Ahli Chefs Association of Malaysia.
KANDUNGAN BUKU
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 7 Pengenalan – Masakan Ayam Enak 8 Ramuan yang Digunakan 12 Ayam Badam 14 Ayam Kalio 16 Opor Merah 18 Kurma Ayam 20 Ayam Masak Hijau 22 Kari Ayam Jepun 24 Jejari Ayam Berkeju 26 Ayam Mustika 28 Ayam Kofta 30 Sup Ayam Berjagung 32 Rendang Minang 34 Ayam Vindaloo 36 Ayam Masak Asam 38 Rendang Ayam Berkismis 40 Ayam Kicap Sarawak 42 Lof Ayam 44 Ayam Belanga 46 Salad Masam Manis Ayam 48 Ayam Stroganof 50 Ayam Stail Korea 52 Dada Ayam Sumbat 54 Gulai Kerutuk 56 Ayam Kaprow 58 Sup Ayam Ala Mamak 60 Ayam Goreng Kunyit "