Maklumat Produk
Description
(SIRI 1) MEE, BIHUN & KUEH TIOW
SEKARANG: RM 5.00 (-0%)
AHLI: RM 5.00 (-0%)
MAKLUMAT PRODUK
"Riangkan hati orang tersayang dengan pelbagai resipi di dalam buku ini! Ia adalah cabaran untuk menghasilkan resipi kek kukus dari negara Barat. Bahan-bahan asas boleh dibeli di pasaraya atau kedai barangan bakeri. Antara bahan yang sering digunakan ialah keju, kopi, coklat untuk Kek Kopi Kit Kat, Kek Keju Browni atau Kek Cawan Mentega Keju. Nikmati rasa mewah Kek Susu Mexico atau Kek Pelangi (cuma guna putih telur). Pesonakan citarasa anda dengan keharuman lavender dengan Kek Lapis Lavender atau Kek Mudah Kopi Bersos. Orang Barat juga menggunakan buah-buahan di dalam kek kukus mereka. Berseronoklah menjamah Kek Prun dan Peach, Kek Velvet Oren atau Kek Gebu Strawberi. Mengukus kek mengambil masa agak lama terutama kek berlapis. Kepanasan mestilah sekata supaya wap dapat memasak kek dengan serata. Tin atau loyang adunan kek mestilah dialas terumata bahagian dasar (bawah) untuk mengelak kek daripada melekat. Sentiasa sediakan air mendidih untuk menambah air di dalam pengukus jika ia kering. Kek yang dikukus di dalam bekas kecil masak lebih cepat masak daripada di dalam tin besar. Pastikan kek masak dengan mencucuknya dengan lidi. Lap bahagian bawah penutup kukusan setiap 10-12 minit untuk menghalang wap yang terkumpul jatuh ke permukaan kek. Atau balut penutup dengan tuala besar untuk menyerap wap air. Kek kukus lebih elok dimakan sebaik saja ia dimasak. Jika disimpan di dalam bekas kedap udara, ia tahan selama 2-3 hari tetapi lebih lama di dalam peti sejuk. Selamat Mengukus!
"• Dilahirkan di Bentong, Pahang. Merupakan pelajar di Assunta Convent MGS Kuantan. Meneruskan pengajian di Grimsby College of Technology dan Cardiff Tutorial College, United Kingdom. Pernah bekerja di firma swasta serta menjadi guru sandaran. Menjadi chef jemputan di Blue Wave Hotel, Shah Alam. Pernah terlibat dengan projek santapan di Restoran Mamanda, Singapura. Merupakan Adjunct Lecturer di Management and Science University, Shah Alam. • Telah menulis 122 buah buku dalam pelbagai genre. Antaranya 88 buah buku masakan dan ada yang dijual di Australia. Hasil sastera yang lain termasuklah novel, buku kanak-kanak, bukan fiksyen, buku coffee-table dan majalah. Drama 20 episod yang ditayangkan di Astro adalah diinspirasikan daripada novel ‘Ulam Kasih Sambal Cinta’. • Dilantik sebagai moderator untuk bengkel penulisan novel dan masakan. Dijemput sebagai ahli panel untuk forum dan seminar yang dianjurkan oleh sekolah, kolej dan universiti. Pernah muncul dalam lebih 100 program TV dan radio. Turut menjadi co-host “Bake & Sell” (rancangan realiti TV). Selain itu, merupakan Brand Ambassador bagi minyak masak Vesawit. • Sebagai Pembentang Kertas Kerja di Kongres Warisan Melayu Sedunia. Juga aktif sebagai editor Persatuan Sejarah Selangor dan Ahli Chefs Association of Malaysia.
KANDUNGAN BUKU
"Kandungan Prakata 6 Biodata 7 Pengenalan – Manisan Kukus Barat Memikat 8 Ramuan yang Digunakan 12 Kek Lobak Merah 14 Kek Buah-buahan 16 Kek Keju Coklat Marmar 18 Kek Lemon Mini 20 Kek Kopi Mudah Bersos 22 Kek Pisang 24 Kek Coklat Lembap 26 Kek 3 Bahan 28 Kek Cawan Teh Hijaudan Kismis 30 Kek Mini Blueberi 32 Beri Kukus 34 Kek Coklat Lava 36 Kek Lapis Lavender 38 Kek Kopi Kit Kat 40 Kek Cawan Epal 42 Kek Terbalik Prun dan Pic 44 Kek Oren Velvet 46 Kek Gebu Strawberi 48 Kek Oren Berkeju 50 Kek Mini Brownie 52 Kek Pelangi Putih Telur 54 Kek Cawan Mentega Keju 56 Kek Susu Mexico 58 Kek Puding Coklat 60 Kek Keju Brownie "