Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Rasulullah S.A.W adalah contoh tertinggi dan suri teladan yang terbaik bagi manusia. Daripada sekalian perwatakan Rasulullah S.A.W yang paling menonjol adalah dari segi akhlak. Baginda tiada tandingannya. Rasulullah S.A.W merupakan seorang yang banyak merendahkan diri dan berdoa ke hadrat Allah SWT agar menganugerahkan Baginda dengan kebaikan adab dan kemuliaan budi pekerti/akhlak. Mencintai Rasulullah S.A.W merupakan kewajipan bagi setiap Muslim dan sudah pasti ramai yang mengaku ingin mencintainya. Namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu, diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah S.A.W.