Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Henshin Hero, sebuah novel adaptasi daripada kisah benar yang telah mencetuskan fenomena Ahmad Ammar. Kisah seorang anak muda biasa yang diangkat kisahnya oleh Allah secara luar biasa. Ammar dikatakan syahid dan diberikan penghormatan oleh kerajaan Turki untuk dimakamkan di permakaman sahabat-sahabat Rasulullah. Dunia mula memperkatakan tentang anak muda ini. Jutaan manusia di seluruh dunia melayari video pemakaman jenazahnya. Beratus-ratus ribu naskhah buku yang membicarakan mengenainya laris terjual. Ia seolah-olah satu isyarat yang memberi petanda bahawa ada sesuatu yang istimewa mengenainya. . Penulis bestseller, Bonda Nor telah mengkaji kisah ini dan mendapati memang ada sesuatu yang unik dan sangat menarik mengenai keluarga ini. Ia dinukilkan dalam bentuk fiksyen tetapi masih mengekalkan keaslian cerita ini secara umumnya. Di sebalik fenomena Ahmad Ammar, ternyata ada kisah cinta agung yang begitu sukar untuk ditemui pada masa kini. Apa sebenarnya yang berlaku di sebalik Henshin Hero?