Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Satu berita yang mengejutkan apabila rampasan kuasa tentera Turki mengalami kegagalan. Sebelum ini telah berlaku beberapa kali rampasan kuasa tentera yang menyaksikan tumbangnya sistem pemerintahan khalifah dan berdiri megahnya sistem pemerintahan sekular di Turki. Lebih menakjubkan rampasan kuasa tentera itu digagalkan bukan oleh pihak tentera atau polis, tetapi usaha itu digagalkan oleh KUASA RAKYAT. Rakyat dengan tangan kosong sedia keluar ke jalan-jalan raya berhadapan dengan pihak tentera yang memiliki serba-serbi persenjataan. Bukan setakat raifal atau "machine gun," tetapi mereka sanggup berhadapan dengan kereta kebal dan kereta perisai tentera. Malah jet dan helikopter yang berlegar-legar di ruang udara. Bukan rahsia lagi bahawa watak utama di sebalik kejayaan tersebut ERDOGAN. Presiden Turki ini telah mendaki setapak demi setapak dalam kancah karier politiknya. Paling mengagumkan, beliau membawa idea dan falsafah politik yang menyongsong arus. Namun idea dan falsafah itulah yang telah mencetuskan gelombang kuasa rakyat yang menggagalkan rampasan kuasa tentera Turki.