Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
101 RESIPI AIR TANGAN MAK CIK RAJA
BIODATA Sepertimana anak perempuan orang lain yang sezaman dengannya, Noor Suraya aka Mak Cik Raja belajar memasak dari dapur ibu dan neneknya. Mulai menginjak dewasa, Noor Suraya mula mengumpul resipi baik dalam fikirannya, menulis dalam buku mahupun dengan menggunting resipi daripada majalah-majalah dan dilekatkan dalam buku catatannya. Apabila sudah mulai bekerja pula Noor Suraya suka mengumpul buku-buku resipi. Ini ialah permulaan 31 tahun dalam hidup Noor Suraya yang kemudiannya dia memberanikan diri berhenti kerja sebagai pendidik; dan membuka Restoran Red Saffron yang sudah menjadi sejarah! Noor Suraya dilahirkan di Sungai Petani, Kedah pada 10 Ogos 1965. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Methodist, Tanjong Malim; Sekolah Rendah Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra; dan Sekolah Rendah Convent Father Barre’s, Sungai Petani. Kemudian Noor Suraya menyambung pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Jitra dan Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani. Lulusan ijazah Sarjana Muda Komunikasi (dengan Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia; dan memiliki ijazah Sarjana Linguistik (Sosiolinguistik) dari Universiti Malaya serta Diploma Pendidikan KPLI dari Institut Pendidikan Sultan Idris ini, suka memasak dan suka makan. Dia percaya dengan pernyataan “percayalah pada tukang masak yang gempal”!!! Noor Suraya pernah terlibat juga dalam bidang kulinari secara serius sebagai katerer, antaranya menghidangkan jamuan makan untuk majlis diraja, VVIP serta korporat. Bagaimanapun, akhirnya bekas guru / pensyarah ini memilih untuk terlibat dalam bidang penerbitan buku. Namun kecintaannya dalam dunia masakan tidak pernah pudar sama seperti minatnya dalam bidang penulisan. Buktinya lahirlah buku masakannya yang pertama Dapur Mak Cik Raja. ... Dan dalam 101 Air Tangan Mak Cik Raja pula, Noor Suraya menghimpunkan makanan pelbagai rasa dan citra semenjak mulutnya pandai memilih dan merasai serta membezakan makanan!
ISI KANDUNGAN
Kandungan 6 Prakata 8 Biodata 10 Ramuan dan Rempah yang Biasa Digunakan Ayam, Puyuh dan Itik 18 Kari Ayam Hijau Thai 20 Ayam Toyu 22 Ayam Goreng Ala Jogja Pak Dee 24 Kuzi Ayam Ekspres 26 Ayam Panggang Thai 28 Ayam Masala 30 Percik Burung Puyuh 32 Puyuh Masak Halia 34 Kerutuk Itik 36 Rendang Itik Daging 38 Daging Masak Hitam Manis 40 Kambing Beriani 42 Gulai Kawah Tetel dengan Kulat Sisir 44 Stu Kambing dengan Kacang Kuda 46 Kurma Daging 48 Singgang Tulang Rusuk Lembu 50 Kambing Panggang Lada Hitam 52 Daging Salai Masak Padprik 54 Daging Goreng Kunyit Cik Sah 56 Sup Kambing Ikan 58 Ikan Bawal Bakar Ala Mughal 60 Kari Kepala Ikan 62 Gulai Ikan Kering Talang 64 Ikan Jenahak Kerabu Mangga 66 Ikan Siakap Stim Taucu 68 Pindang Ikan Pari 70 Umai Ikan Tenggiri 72 Pais Ikan Pekasam dengan Daun Kaduk 74 Pergedel Ikan Temenung Mak 76 Kutlet Ikan dengan Sos Masam Manis Sayur dan Kerabu 78 Kerabu Terung Siam 80 Kerabu Pucuk Paku 82 Kerabu Tauge dengan Kerang 84 Kerabu Jantung Pisang 86 Kacang Botol Goreng Ala Peranakan 88 Sayur Nangka dengan Udang 90 Sambal Tumis Terung Belanda 92 Gado-gado Utara 94 Solok Petola 96 Pajeri Nanas Sos dan Sambal 98 Sos Kuah Kacang 100 Air Asam Kerisik 102 Sos Cecah 104 Sos Cili Cuka 106 Sambal Udang Kering dalam Minyak 108 Nam Prik 110 Kuah Sambal Rojak 112 Sambal Ijo 114 Sambal Nyiur 116 Sambal Kicap Dayang Senandung 118 Sambal Putik Pauh Nasi 120 Nasi Hujan Panas 122 Nasi Safron 124 Nasi Minyak 126 Nasi Empat Musim 128 Nasi Beriani Segera 130 Nasi Daging 132 Nasi Lemuni 134 Nasi Ulam 136 Kanji Udang 138 Nasi Goreng Ikan Rendang 140 Nasi Goreng Nanas Mi, Kuetiau dan Mihun 142 Mi Sanggul 144 Mi Kari 146 Mi Celup 148 Mi Gulung 150 Maggi Ketam 152 Kuetiau Kerang 154 Pad Thai 156 Mihun Tomyam 158 Mihun Soto 160 Makaroni Bakar Datin Nik Snek 162 Kacang Botak 164 Kacang Kuda Pedas 166 Kuih Siput 168 Pakoda 170 Emping Kerabu Mak Ndak 172 Kerepek Sukun 174 Snek Bilis dengan Kacang dan Kentang 176 Cakar Ayam 178 Sagun Kuih-muih 180 Lempeng Pisang 182 Bubur Caca 184 Kasidah 186 Rol Sardin Mak Cik Laili 188 Karipap Telur Lada Hitam Kak Nor 190 Talam Keladi 192 Pakoras Sayuran 194 Cucur Jagung dengan Udang 196 Bengkang Roti Cik Puan Ayu 198 Bengkang Suji Kak Zun 200 Sira Labu 202 Jongkong 204 Lompat Tikam 206 Lopes 208 Puding Gula Hangus 210 Puding Raja 212 Ketupat Sotong Mek 214 Kole Kacang 216 Cucur Tauhu Sumbat 218 Kuih Koci