Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Dari peminat setia menjadi kekasih. Dari ketaasuban menjadi cinta. Bermula dengan hanya membantu ibu saudaranya menjaga rumah dan Pau, Aurora bertemu idola pujaannya selama ini, Zachary. "Ah, maaf!" Lelai berselindung di sebalik topi segera meminta maaf. "Argh!" "Kau okay tak?" "Tak apa... tak apa... Zachary okay je..." Aurora menjawab lega sambil memeluk poster artis kesayangannya. "Puffff... hahaha!" "Aku tanya kaulah, bukan poster tu!" Fanatik betul si Aurora terhadap idola pujaannya sampai 'jejaka istimewa' di depan matanya langsung tidak diendahkan. Begitulah pertemuan tidak sengaja mereka yang akhirnya membibitkan cinta di hati si jejaka tsundere.
Berparang teguh dengan moto hidup idolannya, Sakurai Sho, 'Demi berjaya dalam sesuatu perkara yang kamu suka, kamu tidak boleh hanya fokus tentang perkara itu sahaja. Janagan lupakan tanggungjawab lain juga.' Ia umpama menganyam mimpi indah dalam setiap sulaman gula-gula kapas.