Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Buku 1 Hari 1 Resipi 365+140 Bonus Resipi Tambahan Istimewa Chef Hanieliza adalah keluaran khas yang menampilkan resipi daripada pelbagai negeri, resepi warisan, dan resipi meraikan tetamu yang menarik dan mudah. Antaranya adalah roti kerca, nsi kebuli, mi kolok, risol udang, daeng sumur, ayam percik putih, opr daging dan banyak lagi. Kesemua resipi ini disertakan langkah-langkah yang terperinci dan mudah difahami.
Chef Hanieliza berasal dari Kuala Lumpur dan menetap di Dungun dan Kerteh, Terengganu selama lebih daripada 30 tahun. Beliau mula aktif dalam bidang masakan sejak remaja lagi. Pengalaman beliau dalam bidang ini amat luas. Chef Hanieliza giat menjadi guru masakan di Terengganu dan beberapa buah negeri lain. Beliau juga rancak menulis resipi masakan dalam blog ,fotopages,forum masakan, dan di media sosial lain seperti Facebook. Chef Hanieliza turut menghasilkan sebuah buku masakan dengan Alaf 21, dan menjadi chef jemputan untuk Majalah jelita dan Saji sejak tahun 2001 sehingga kini. Beliau pernah menjadi chef jemputan di TV2 dalam rancangan Ringkas Pagi, dan pernah memenangi pertandingan memasak di Terengganu. Sejak tahun 2009, Chef Hanieliza berjaya menghasilkan 60 buah buku resipi bersama PTS Media Group Sdn Bhd. Antara buku yang diterbitkan ialah Siri senangnya memasak, 50 Hidangan Penambat Selera,44 resipi kek dan biskut, Resipi kompilasi Warisan,101 Resipi Menggunakan pemanggang ajaib, Resipi Daun Limau Purut, dan 500 kompilasi resipi Chef Hanieliza. Kemuncak pencapaian Chef Hanieliza adalah apabila menerima Anugerah Berlian daripada PTS Media Group dan Anugerah Penghargaan daripada Popular Book Co. (M) Sdn bhd kerana mencapai jualan sasaran 100 000 naskhah. Sehingga kini, jumlah jualan keseluruhan buku Chef Hanieliza melebihi 1.8 juta unit. Penampilan beliau di media juga tidak asing lagi apabila beliau mula dijemput mengendalikan segmen Santai Masak di TV AlHijarah,Wanita Hari Ini di TV3, dan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Selain itu, Chef Hanieliza juga kerap muncul di kedai-kedai buku Popular, universiti, dan perpustakaan si seluruh negara, dalam usaha mendekati pembaca beliau.