Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Hanya boleh didapati di Popular!
Dilahirkan di Bentong, Pahang pada 10 Mei 1962. Menerima pendidikan rendah di Assunta Convent dan MGS Kuantan, Pahang. Meneruskan pengajian di Grimsby College of Technology, South Humberside dan Cardiff Tutorial College, Wales, United Kingdom (1980-1983). Menjadi guru di Perlis selama dua tahun. Menjadi chef jemputan di Blue Wave Hotel. Merupakan Adjunct Lecturer di Management & Science University, Shah Alam. Telah menulis 87 buku dalam pelbagai genre. Antaranya 43 buah buku masakan terbitan tempatan dan antarabangsa. Hasil sastera yang lain termasuklah novel untuk remaja dan dewasa, buku kanak-kanak, bukan fiksyen, buku coffee-table, majalah dan report korporat. Dilantik sebagai moderator untuk bengkel penulisan novel. Dijemput sebagai ahli panel untuk forum dan seminar yang dianjurkan oleh sekolah, kolej, university atau media massa. Pernah muncul dalam pelbagai program TV dan radio. Baru-baru ini menjadi co-host “Bake & Sell”, sebuah rancangan realiti TV. Juga merupakan Chef Consultant di Mamanda, sebuah restoran fine-dining di Singapura. Sebagai Pembentang Kertas Kerja di Kongres Warisan Melayu Sedunia, Kuala Lumpur. Juga pernah aktif sebagai editor dalam Persatuan Sejarah Malaysia dan adalah Ahli Chefs Association of Malaysia. Menjadi kolumnis Jelita (1992-2007), Kosmo (2006-09), Rasa (2008-10), Sinar Harian (2011-12) dan Berita Harian Singapura (2009-12). Buku-buku masakannya dicalonkan untuk Gourmand World Media Awards (2004 & 2005), Penulis Prolifik Alaf 21 (2005 & 2007), “20 Most Prolific Women Writers of Malaysia” (MPH, 2006) dan “50 Most Outstanding Authors of Malaysia” sempena Hari Kemerdekaan Malaysia (2007).
KANDUNGAN BUKU
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 7 Pengenalan – Kuih Kukus 8 Ramuan yang Digunakan 12 Tepung Bungkus 14 Apam Labu 16 Lepat Pisang 18 Talam Roti 20 Apam Pandan 22 Kuih Nagasari 24 Lompang Jagung 26 Talam Pisang 28 Kuih Koci 30 Lepat Jagung 32 Talam Keladi 34 Kaswi Pandan 36 Talam Suji 38 Kuih Nona Manis 40 Kuih Peria 42 Bingka Keju 44 Serikaya Kukus 46 Apam Pisang 48 Pau Daging Bertelur 50 Apam Eno Bersambal 52 Pisang Kukus Santan 54 Talam Keladi Berlauk 56 Pulut Dakap Ayam 58 Kuih Seri Muka 60 Kuih Puteri Ayu "