Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Hanya boleh didapati di Popular!
Dilahirkan di Bentong, Pahang pada 10 Mei 1962. Menerima pendidikan rendah di Assunta Convent dan MGS Kuantan, Pahang. Meneruskan pengajian di Grimsby College of Technology, South Humberside dan Cardiff Tutorial College, Wales, United Kingdom (1980-1983). Menjadi guru di Perlis selama dua tahun. Menjadi chef jemputan di Blue Wave Hotel. Merupakan Adjunct Lecturer di Management & Science University, Shah Alam. Telah menulis 87 buku dalam pelbagai genre. Antaranya 43 buah buku masakan terbitan tempatan dan antarabangsa. Hasil sastera yang lain termasuklah novel untuk remaja dan dewasa, buku kanak-kanak, bukan fiksyen, buku coffee-table, majalah dan report korporat. Dilantik sebagai moderator untuk bengkel penulisan novel. Dijemput sebagai ahli panel untuk forum dan seminar yang dianjurkan oleh sekolah, kolej, university atau media massa. Pernah muncul dalam pelbagai program TV dan radio. Baru-baru ini menjadi co-host “Bake & Sell”, sebuah rancangan realiti TV. Juga merupakan Chef Consultant di Mamanda, sebuah restoran fine-dining di Singapura. Sebagai Pembentang Kertas Kerja di Kongres Warisan Melayu Sedunia, Kuala Lumpur. Juga pernah aktif sebagai editor dalam Persatuan Sejarah Malaysia dan adalah Ahli Chefs Association of Malaysia. Menjadi kolumnis Jelita (1992-2007), Kosmo (2006-09), Rasa (2008-10), Sinar Harian (2011-12) dan Berita Harian Singapura (2009-12). Buku-buku masakannya dicalonkan untuk Gourmand World Media Awards (2004 & 2005), Penulis Prolifik Alaf 21 (2005 & 2007), “20 Most Prolific Women Writers of Malaysia” (MPH, 2006) dan “50 Most Outstanding Authors of Malaysia” sempena Hari Kemerdekaan Malaysia (2007).
KANDUNGAN BUKU
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 7 Pengenalan - Sayur-sayuran 8 Ramuan dan Rempah yang Digunakan dalam Masakan 12 Sayur Manis Labu Air 14 Buncis Goreng Hati 16 Tumis Kacang Botol 18 Kangkung Goreng Belacan 20 Kailan Ikan Masin 22 Kubis Berkunyit 24 Peria Berempah 26 Kacang Kara Bertelur 28 Lemak Labu Kuning 30 Kacang Panjang Belacan 32 Sambal Terung 34 Pacri Nanas 36 Acar Pulang Hari 38 Keladi Masak Asam 40 Acar Awak 42 Tauhu Masak Lemak 44 Petola Lada Hitam 46 Cekur Manis Berudang 48 Gulai Nangka Cili Padi 50 Pucuk Ubi Masak Tempoyak 52 Sup Sayur 54 Taugeh Kasar Ikan Masin 56 Asparagus Sambal Belacan 58 Sawi Masak Air 60 Tempe Putik Jagung "