Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Filem Disney • Pixar telah menggembirakan kanak-kanak daripada satu generasi ke generasi yang lain. Siri buku cerita filem Disney • Pixar yang eksklusif ini menawarkan peluang menarik untuk peminat menyimpan sebuah koleksi istimewa agar dinikmati saban tahun yang akan datang. Arlo, si dinosaur kecil yang takut pada segala-galanya. Apabila dia sesat di hutan, dia perlu belajar bagaimana untuk mengatasi perasaan takutnya supaya dia dapat mencari jalan pulang. Adakah persahabatan yang wujud antara dia dengan seorang anak manusia lelaki akan dapat membantunya?