Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Terokai keajaiban dunia bersama watak-watak Disney kegemaran kanak-kanak! Ensiklopedia komprehensif ini direka khas untuk kanak-kanak yang mempunyai sifat ingin tahu dan belajar tentang alam sekeliling. Watak-watak Disney yang terdapat dalam buku ini boleh membantu anak-anak anda melalui sebuah penerokaan yang hebat. Di bab pertama, watak-watak Disney berkongsi keriangan dan keseronokan mereka dalam menerokai dunia haiwan. Di bab kedua, watak-watak Disney memperkenalkan fakta-fakta tentang perkara-perkara hebat yang ditemui dalam alam semula jadi. Bab terakhir mengandungi maklumat tentang keajaiban planet Bumi. Apa kata anda mengajar anak anda dengan memperkenalkan satu fakta sehari? Setiap entri dinomborkan supaya anak-anak anda boleh belajar satu fakta setiap hari selama 240 hari!