Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Ros Adiba dan Azrai Naufal menghadapi tentangan hebat dalam melayari rumah tangga mereka. Dan pernikahan tanpa restu itu mengundang mala petaka bila nyawa Ros Adiba diregut saat melahirkan bayinya. Demi sebuah hati yang cukup walang, Azrai Naufal tega menyerahkan hak jagaan anaknya kepada sahabat baik arwah isterinya. Azrai Naufal pula menghadapi kematian tragis sehingga menyebabkan anak ditinggalkannya menjadi yatim piatu. Adam Naufal, lelaki kacak bertubuh sado ini punya hati sekeras batu kerikil. Arahan ibunya agar medapatkan semula anak saudaranya harus dipenuhi dengan apa secara sekalipun. Keutamaannya cuma satu, mendapatkan semula anak buahnya daripada jagaan seorang doktor wanita bernama Dian Arissa. Pelbagai strategi dipasang untuk menculik anak buahnya sendiri. Entah kenapa, hati kerikilnya juga terpaksa bertarung untuk sebuah cinta. Dian Arissa juga merasai getaran yang sama namun cuba dinafikan demi amanah yang digalasnya. Perebutan yang terjadi membuatkan tali cinta mereka semakin terikat rapi. Semua persoalan terungkai satu persatu dan apakah yang terjadi selepas itu?Bila permusuhan menjadi cinta…