Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Sesungguhnya tabiin yang terbaik ialah seorang pemuda bernama Uwais. Uwais al-Qarni. Suatu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kita mengenalinya sebagai seorang selebriti langit; tidak dikenali di dunia sewaktu hayatnya tapi dipuja di langit dan seluruh alam buana. Ironinya, hari ini kita hidup di dalam zaman yang penuh dengan kegilaan; antaranya kegilaan mencari popu;ariti dan kemahsyuran dunia. Trend Mukabuku, Insta dan Pengicau yang mendominasi kehidupan masyarakat hari ini, menjadikan kita tidak lagi dapat memaknai keikhlasan dalam erti katanya yang sebenar. Buku Biar Tak Glamor Di Dunia, Asal Popular Di Langit Sana adalah suatu usaha kecil untuk mengajak kita semua untuk kembali menghayati betapa besarnya makna sebuah keikhlasan. Dan betapa manis dan lazatnya buah-buah amal yang ranum yan tumbuh dari benih-benih keikhlasan ini. Agar kita semua dapat menjadi selebriti langit seperti Uwais. Senyum.