Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Tangisan seringkali dikaitkan dengan kelemahan , tiada upaya , kesedihan dan keburukan. Namun hakikat sebenar tangisan telah disalah tafsir . Banyak tangisan harini terjadi kerana digunakan untuk pekara yang remeh dan bathil . Sedangkan tangisan dan air mata orang terdulu yang tumpah bertujuan agar memastikan kita pada hari ini dapat mengenal Islam dan Allah S.W.T sebagai Rabb kita .Setitik air mata tangisan umat yang hak dapat memadamkan kepanasan api neraka.Tangisan umat bukan tangisan kelemahan tetapi tangisan yang mampu memberi kesan terhadap dunia.Tidaklah dapat saya menerangkan sebanyak mana tangisan yang boleh menyebabkan mata manusia menjadi buta tetapi yang saya tahu dan faham orang yang tidak menangis kerana Islam maka hatinya telah buta dan mati terhadap perintah Allah swt serta sunnah Nabi Muhammad saw.