Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Haid bermula antara umur 10 hingga 15 tahun. Haid boleh bermula seawal umur 8 tahun dan selewat-lewatnya semasa berumur 16 tahun. 7 Perkara Penting tentang haid remaja. 1. la situasi normal dan dialami kebanyakan orang- Perkara pertama sekali adalah untuk ingatkan anak agar tidak panik jika didatangi haid semasa di sekolah. Ia pernah terjadi kepada ramai remaja perempuan. 2. Pilihan yang menyelesakan- Jika anak menyedari datang haid ketika di dalam kelas, minta mereka tanyakan kepada rakan sekelas sekiranya mempunyai tuala wanita (pad) atau tampon tambahan yang boleh dipinjam dan kemudian dapatkan keizinan guru untuk ke bilik air. 3. Rancang waktu ke bilik air- Jelaskan kepada anak bahawa mereka perlu sentiasa memeriksa semula setiap beberapa 2-3 jam sekali untuk memastikan tuala wanita yang digunakan perlu ditukar atau tidak mahupun diperbetulkan kedudukannya. 4. Persediaan jika datang haid- Sebagai persediaan untuk kedatangan haid yang seterusnya semasa di sekolah, sarankan anak untuk membawa bekalan tuala wanita dalam beg galas sekolah mereka. 5. Kemudahan mesra haid- Minta anak kenal pasti jika di sekolah mereka ada disediakan stok tuala wanita sekiranya berada dalam situasi kecemasan. - 6. Berikan bantuan kepada rakan yang datang haid- Sarankan anak membantu rakan yang mengalami masalah yang sama nanti seperti menawarkan tuala wanita, dan jadikan ia satu situasi normal untuk saling memberi pertolongan. 7. Meramal bila datang haid- Ada kalanya haid anak boleh menjadi tidak teratur, khususnya pada tahun pertama. Ia adalah normal. "BUKANLAH KESABARAN JIKA MASIH MEMPUNYAI BATAS, DAN BUKANLAH KEIKHLASAN JIKA MASIH MERASAKAN SAKIT."