Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Roselinda sering melihat seorang wanita separuh usia mendampingi anak-anaknya di dalam rumah yang baru mereka pindah sedangkan mereka suami isteri tidak pernah mengupah sesiapa pun untuk mengasuh anak-anak mereka. "Kau siapa han suka-suka berdamping dengan anak anak aku?"- Roselinda Roselinda juga sering mendengar bunyi mantera yang cukup menyeramkan. Malah, setiap kali mantera itu berkumandang, pasti pengasuh misteri itu akan muncul di hadapan matanya. Pengasuh misteri itu pula sentiasa menyuruhnya selesaikan apa yang masih belum selesai sedangkan dia langsung tidak tahu serta tidak faham dengan kehendak pengasuh misteri itu. "Aku kata kau mesti sempurnakannya, mesti sempurnakannyalah! Kalau kau masih berdegil, seluruh keluarga ini akan menjadi mayat!" - Pengasuh misteri Dapatkah Roselinda menyelesaikan apa yang masih belum selesai itu? Siapakah pengasuh misteri yang tiba-tiba muncul di dalam rumah mereka itu? Apakah rahsia yang tersembunyi di dalam rumah itu sebenarnya?