Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Hari ini, aku masih lagi mampu berdiri walaupun payah jalan yang aku lalui. Walaupun jalan itu penuh dengan duri-duri yang tajam, tapi aku yakin aku mampu laluinya atas izin Tuhan. Kerana tiada satu pun yang berlaku di atas muka bumi ini tanpa izin Tuhan. Setiap yang berlaku itu semestinya untuk aku pelajari sesuatu supaya sampai ke destinasi yang aku tuju. Matlamat yang besar bukanlah wang ringgit semata. Bukan juga hanya mampu memiliki rumah yang besar tetapi matlamat paling besar yang diimpikan adalah syurga.