Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Nahar, seorang wartawan telah menerima sekeping nota dan sekeping cakera padat daripada seorang anak muda yang tidak pernah dikenali. Nota itu menyatakan, seorang anak muda bernama Adrian didapati mati akibat terjun dari pangsapurinya. Namun, terdapat kemusykilan tentang kematian tersebut. Nahar diminta menonton sejumlah rakaman untuk mengetahui akan teori si penulis. Setelah menonton rakaman demi rakaman, Nahar berminat untuk meyelidik sebab kematian Adrian. Jelas semuanya bemula dengan elok sehinggalah pada satu malam Adrian secara tidak sengaja telah mendail salah satu nombor yang dianggap berpuaka. Sejak malam itu, Adrian mula diganggu dengan pelbagai peristiwa aneh dan menakutkan. Keadaan itu berlarutan sehingga menjadikan Adrian semakin tertekan dari hari ke hari. Ada sosok aneh meminta agar Adrian memainkan permainan hide and seek. Adrian perlu berlari dan menyembunyikan dirinya daripada ditemui jika ingin terus bernyawa. Keengganan Adrian bermain tidak bermakna apabila dia sebenarnya telah pun terlibat dalam permainan ini dan mendapati dirinya tidak lagi melarikan diri ...