Ensiklopedia ini menggabungkan empat buah buku soal jawab
remeh-temeh agama yang merangkumi puasa, zakat,
munakahat dan seks, lantas menjadi sebuah buku besar yang
dikenali sebagai ensiklopedia. Susunan bab dan soal jawab
disusun dengan sistematik, kemas dan mudah dirujuk selain
terdapat juga penelitian terhadap hadis-hadis yang
dibentangkan dalam satu bab dan menisbahkan kepada
perawinya semampu boleh seperti Imam al-Bukhari, Muslim dan
lain-lain.
Maklumat lanjut