Popular
Popular
0

Jumlah 0produk dalam troli anda. ×

Anda tidak mempunyai item di troli pembelian anda.

⭐SIRI PUTERA

Popular Choice

  1. Siri Putera 42: Susun Suai Memori: Permainan Minda
    Oleh Kaoru Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2023-08-30
    Satu insiden yang berlaku ketika zaman kanak-kanak telah menyebabkan Putera Shintarou membesar menjadi seorang yang muram dan hilang minat untuk berkawan. Bagi menghilangkan stres, dia sering bermain permainan yang mengasah minda. Apabila keadaan semakin positif, dia pula terperangkap di dalam lif dan keresahannya muncul semula. Mampukah Alex dan putera lain membantu Putera Shintarou pulih daripada trauma? Maklumat lanjut
    ASAL: RM14.00

    SEKARANG: RM 12.60 (-10%)

    AHLI: RM 12.60 (-10%)

  2. SIRI PUTERA 41 SAHABAT KUCING : HAIWAN KESAYANGAN
    Oleh Kaoru Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2023-06-27
    Sejumlah besar kucing terbiar ditemui merayau-rayau dalam Akademi Lelaki Momos. Alex dan putera yang risau tentang keselamatan kucing itu mencadangkan satu program membela haiwan kesayangan untuk memupuk disiplin pelajar. Malangnya mereka selalu berdepan masalah. Bagaimanakah MPP menyelesaikan pelbagai isu kali ini melibatkan haiwan comel dan kekal positif? Miau! Maklumat lanjut
    ASAL: RM14.00

    SEKARANG: RM 12.60 (-10%)

    AHLI: RM 12.60 (-10%)

  3. Siri Putera 40: Indah Bintang Di Langit: Iklim Dan Cuaca
    Oleh Kaoru Penerbit:Kadokawa Gempak Starz Tarikh Terbit:2023-02-28
    Cuaca di Pulau Momos tidak menentu dan perubahan suhu beri kesan kepada semua orang. Alex jatuh sakit dan pelajar di akademi pula saling bertelagah. Ahli MPP jadi sangat sibuk! Keadaan semakin buruk apabila pertengkaran bertukar ganas dan seorang pelajar digantung sekolah. Apakah jalan penyelesaian Alex dan putera=putera untuk mengharungi 'ribut' ini? Maklumat lanjut
    ASAL: RM14.00

    SEKARANG: RM 12.60 (-10%)

    AHLI: RM 12.60 (-10%)

  4. Siri Putera 39: Syoknya Buat Sendiri: DIY
    Oleh Kaoru Penerbit:Kadokawa Gempak Starz Tarikh Terbit:2022-11-29
    Lilian hilang memori tentang Putera Albert dan putera lain akibat perkara yang tidak dapat dijelaskan. Jadi, untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku lagi, Putera Albert cuba melindunginya dari jauh tetapi boleh terus bertindak apabila Lilian dalam bahaya. Adakah persahabatan mereka akan terjalin semula? Maklumat lanjut
    ASAL: RM14.00

    SEKARANG: RM 12.60 (-10%)

    AHLI: RM 12.60 (-10%)

  5. Siri Putera 38: Pendukung Keadilan: Kesamaan
    Oleh Candy Factory Penerbit:Kadokawa Gempak Starz Tarikh Terbit:2022-09-20
    Ketika melawat sebuah galeri seni, Putera Ciel membantu seorang lelaki berkerusi roda. Tetapi pertolongannya disalah erti dan orang mula menuduh dia salah guna hak istimewa. Putera lain juga turut dikaitkan dalam hal ini dan reputasi mereka terjejas teruk. Bagaimana Alex dan kawan-kawannya menjelaskan situasi ini? Maklumat lanjut
    ASAL: RM14.00

    SEKARANG: RM 12.60 (-10%)

    AHLI: RM 12.60 (-10%)

  6. Siri Putera #37: Musuh Halimunan Topik: Kuman
    Oleh Candy Factory Penerbit:Kadokawa Gempak Starz Tarikh Terbit:2022-06-28
    Putera Albert dari Britain tidak pernah angkuh dan sentiasa peka dengan kebajikan orang lain. Suatu hari dia tiba-tiba pengsan. Mereka mendapati dia dijangkiti virus tidak dikenali dan koma! Mampukah Putera Albert pulih dan sedar semula? Bagaimana Alex serta putera lain boleh membantu dia tumpaskan musuh halimunan ini? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 10.80 (-10%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  7. Siri Putera #36 Pemuja Keindahan: Landskap Semula Jadi
    Oleh Candy Factory Penerbit:Kadokawa Gempak Starz Tarikh Terbit:2022-04-26
    Putera Dhaluu dari Maldives kembali dan dia banyak berubah. Dia mengajak ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bekerjasama membina sebuah taman tema dengan landskap semula jadi dari pelbagai tempat seluruh dunia. Adakah projek ini berjaya dilaksanakan dan mendapat keizinan Pengetura Evan? Apakah cabaran yang menunggu mereka? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 10.80 (-10%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  8. Siri Putera 35: Sateria Rahsia Topik: Psikologi
    Oleh Kaoru Penerbit:Kadokawa Gempak Starz Tarikh Terbit:2022-02-08
    Atas jasa sekumpulan pegawal peribadi rahsia, putera dapat belajar dengan selamat di Pulau Momos, Tapi situasi ini bakal berubah apabila Putera Albert mendapat seorang pegawal rahsia baru. Walaupun berkemahiran tinggi, tetapi dia tidak 'bijak' berselindung dengan baik. Dalam satu serangan mengejut, pegawal tersebut pengsan?! Nyawa putera dalam bahaya! Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 10.80 (-10%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  9. Siri Putera 34:  Alunan Melodi Indah Topik: Muzik
    Oleh Kaoru Penerbit:Kadokawa Gempak Starz Tarikh Terbit:2021-11-24
    Demi menenangkan pelajar Akademi Momos yang runsing memikirkan krisis kewangan mereka, ahli-ahli MPP menganjurkan sebuah konsert menggunakan dana daripada keluarga Shao Long. Tetapi apabila Putera Albert terpaksa pulang untuk melawat mentornya yang sakit, MPP kekurangan ahli pula. Mampukah Alex dan rakan-rakan menganjurkan konsert tersebut dengan jayanya? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 10.80 (-10%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  10. Siri Putera 33: Hadiah Bumi Topik: Buah-Buahan
    Oleh Kaoru Penerbit:Gempak Starz Tarikh Terbit:2021-10-05
    Akademi Momos memerlukan penaja baru. Selepas Alex tak sengaja menyinggung perasaan seorang calon penaja, dia cuba memperbaiki keadaan. Tetapi, lelaki itu, seorang pengeksport besar buah hanya akan bersetuju untuk membiayai akademi mereka sekiranya Alex dan putera berjaya menjual enam jenis buah eksotik yang aneh ke pasaran Momos. Bagaimana Alex dan putera-putera menyempurnakan tugas ini? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  11. SIRI PUTERA 32 NILAI KEBAHAGIAAN TOPIK: KAYA MINDA
    Oleh Kaoru Penerbit:Gempak Starz Tarikh Terbit:2021-08-24
    Akademi Momos meraikan Hari Bahagia Sedunia dengan mengadakan satu acara mengumpul dana. Pelajar yang menderma akan mendapat bantuan daripada putera pilihan mereka. Semuanya berjalan lancar sehinggalah putera dianiayai oleh seorang pelajar baru yang 'membeli' bantuan mereka dengan sejumlah wang yang banyak.Apakah respons Alex dan putera dalam hal ini? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  12. Siri Putera 31: Saling Berhubung Topik: Komunikasi
    Oleh Kaoru Penerbit:KADOKAWA GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2021-04-14
    Setiap minggu Alex menulis surat kepada ibunya, seorang ahli alamiah walaupun dia jarang membalas. Suatu hari salah satu surat Alex dikembalikan. Selain itu Alex juga menerima satu kiriman bungkusan mengandungi spesimen tumbuhan dan serangga milik ibunya! Adakah sesuatu telah terjadi pada ibu Alex? Mampukah Alex dan putera mencari jalan untuk menghubunginya? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  13. SIRI PUTERA 30: Dongengan Mitos Topik: Legenda
    Oleh Kaoru Penerbit:Kadokawa Gempak Starz Tarikh Terbit:2021-02-24
    Pengetua Evan menceritakan kisah tentang Pulau Momos diselamatkan oleh seekor raksasa. Tiada seorang pun yang percaya, melainkan Putera Albert. Tetapi putera England itu bakal terperangkap dalam kisahnya sendiri apabila seorang lelaki misteri muncul dan mendakwa dialah lelaki bertopeng yang telah menyelamatkan Lilian. Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  14. SIRI PUTERA 29 PERSAINGAN SIHAT TOPIK: DIET SEIMBANG
    Oleh Kaoru Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2020-11-18
    Sekarang ada dua presiden MPP di Akademi Momos – Alex dan Putera Gion! Untuk menentukan siapa lebih layak memegang jawatan tersebut, Pengetua Evan mengarahkan mereka untuk melayani tetamu penting, Encik Hatt Powell. Siapakah bakal menjalankan tugas dengan lebih baik dan berjaya mengekalkan takhta? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  15. SIRI PUTERA 28: BADAN SIHAT OTAK CERDAS TOPIK: TUBUH MANUSIA
    Oleh Kaoru Penerbit:Kadokawa Gempak Starz Tarikh Terbit:2020-09-16
    Ketua editor sebuah majalah terkenal dunia akan datang melawat Akademi Momos dan Pengetua Evan menugaskan ahli Majlis Perwakilan Pelajar untuk menguruskan lawatan tersebut. Tetapi sebelum tetamu penting mereka tiba, flu tiba-tiba merebak di sekolah! Mampukah Alex dan putera menangani situasi ini? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  16. SIRI PUTERA 27 ADIL SESAMA MAKHLUK TOPI
    Oleh Kaoru Penerbit:KADOKAWA GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2020-07-15
    Sedih dengan berita kebakaran di Australia, Alex dan putera mendermakan wang untuk membantu menyelamatkan haiwan di sana. Pada masa sama, Putera Jayvyn di Afrika Selatan sedang sibuk menyiasat kes penyeludupan haiwan liar. Siasatan tersebut membawa dia kepada Alex dan putera, lalu mereka bertelagah. Mampukah Alex dan putera menyelesaikan isu ini dan menyelamatkan haiwan dalam bahaya? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  17. SIRI PUTERA 26: PENYELAMAT PADANG PASIR TOPIK GURUN
    Oleh Candy Factory Penerbit:KADOKAWA GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2020-05-01
    Sebagai ganjaran menyelesaikan insiden misteri sebelum ini, Pengetua Evan menghadiahkan ahli Majilis Perwakilan Pelajar percutian di Dubai. Alex dan beberapa orang putera naik satu kapal terbang, manakala Putera Gion, Livio dan Putera Shintarou dalam kapal terbang lain. Malangnya kapal terbang Putera Gion sahaja yang mendarat dengan selamat. Apa terjadi pada Alex dan putera lain? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  18. SIRI PUTERA 25: RAHSIA KALA MALAM TOPIK: KENANGAN
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2020-01-31
    Dalam satu permainan maguji keberanian, seorang pelajar Akademi Momos keluar mengharungi gelap malam. Di luar sana, dia terlihat sesuatu yang membuatkan dia pengsan! Apabila Alex dan putera menyiasat insiden ini, mereka menemui suatu rahsia silam akademi mereka. Apakah rahsia itu? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  19. SIRI PUTERA 24: HIKAYAT HERO TOPIK: KISAH DONGENG
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2019-10-08
    Alex dan putera teruja bila dapat tahu Puteri Han Su Jung dan ahli MPP Akademi Poposi akan datang melawat Momos. Tetapi kegembiraan mereka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila puteri-puteri itu diculik! Dapatkah Alex dan putera lain menyelamatkan mereka? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  20. SIRI PUTERA 23: TAMPIL UNIK BERGAYA TOPIK: DANDANAN DIRI
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2019-08-01
    Aduhai pelajar Akademi Momos tidak puas hati dengan ahli MPP lagi! Kali ini penampilan Alex pula jadi isu. Jadi Putera Ciel ubah penampilan Alex menjadi lebih bergaya. Alex dan putera-putera juga pergi ke Pulau Poposi untuk belajar tentang gaya dan penampilan dengan puteri-puteri. Apa pula pendapat mereka dengan gaya terbaru Alex? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  21. SIRI PUTERA 22: PELADANG PULAU BERJAYA: TOPIK: PERTANIAN
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2019-06-28
    Teruklah! Pulau Momos kekurangan makanan? Satu-satunya pembekal sayuran berdepan dengan masalah dan tidak dapat memenuhi keperluan bekalan makanan di Momos. Adakah semua orang di Momos akan kelaparan? Bagaimana Alex dan putera lain selesaikan masalah ini? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  22. SIRI PUTERA 21: PELINDUNG ALAM: TOPIK: PEMULIHARAAN BUMI
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2019-05-01
    Pulau Momos dilanda gelombang haba dan putera-putera dipersalahkan. Si penuduh menyalahkan mereka hingga mempersoalkan status sebagai golongan bangsawan! Apakah puncanya? Apakah reaksi Alex dan putera-putera terhadap situasi ini? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  23. SIRI PUTERA 20: RAJA STRATEGI TOPIK: MAINAN BERPAPAN
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2019-01-03
    Prestasi akademik geng putera agak merosot disebabkan obsesi mereka terhadap permainan berpapan. Disebabkan itu Pengetua Evan memberi kuasa kepada Putera Gion untuk memantau pembelajaran mereka. Tetapi putera Itali itu dicabar kawan-kawannya untuk bermain permainan hartanah akibat tidak berpuas hati. Pertaruhannya? Orang yang kalah perlu tukar sekolah. Siapakah yang akan menang dan kalah dalam permainan ini? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  24. SIRI PUTERA 19: PEMBELA MARUAH TOPIK: ADAT JEPUN
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2018-12-01
    Putera Shintarou akan pulang ke Jepun untuk meraikan hari jadi Putera Junta. Masalahnya, dia tidak dijemput. Adakah dia merancang untuk sabotaj majilis itu? Dalam diam Alex dan putera lain mengikut Putera Shintarou untuk melindungi Putera Junta daripada sebarang penganiayaan, tetapi apakah yang bakal menanti mereka di sana? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  25. SIRI PUTERA 18: PEMBURU RAHSIA TOPIK: ISYARAT & SIMBOL
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2018-09-01
    Berdasarkan petunjuk dalam buku sebelum ini, Putera Charles mula menjejak rahsia Pengetua Evan. Secara tidak sengaja, Alex dan putera-putera lain juga turut serta dalam 'pemburuan' rahsia tersebut. Berjayakah mereka? Apakah rahsia Pengetua Evan? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  26. SIRI PUTERA 17: MISI WIRA ILMU TOPIK: PENGETAHUAN
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2018-06-01
    Putera Leon menemui sebuah bangunan lama yang tersimpan banyak buku dalam kawasan sekolah. Perpustakaan itu sangat usang dan hampir roboh. Dapatkah putera Leon, Alex dan lain-lain menyelamatkan lubuk ilmu ini? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  27. SIRI PUTERA 16: TIMUR BERTEMU BARAT TOPIK: PERBEZAAN RESAM
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2018-05-01
    Ehhh? Putera Albert dari England dan Putera Ciel dari Perancis telah digantung dari Majlis Perwakilan Pelajar oleh Pengetua Evan?! Bukan itu saja! Anak seorang jutawan China muncul secara misteri dan tinggal di asrama putera. Apakah yang akan berlaku? Adakah konflik akan mula tercetus...? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  28. SIRI PUTERA 15: PENGANTIN DIRAJA TOPIK: ADAT PERKAHWINAN
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2017-12-01
    Perkahwinan ialah majlis yang diraikan meriah menandakan permulaan kehidupan baharu pasangan bergelar suami dan isteri. Alex dan putera-putera bersedia untk menghadiri satu majlis perkahwinan tetapi siapa yang berkahwin? Di mana majlis itu berlangsung? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  29. SIRI PUTERA 14: PUTERA TURUN PADANG TOPIK: KERJA
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2017-10-01
    Cuti musim panas sudah bermulai Alex dan putera-putera teruja untuk mencari kerja sambilan. Mereka semua dapat bekerja dengan baik kecuali... Putera Felix belum menemui kerja yang bersesuaian. Dapatkah dia mencari kerja yang diingini dan menimba pengalaman suka duka seperti orang lain? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  30. SIRI PUTERA 13: KASIHNYA AYAH TOPIK: TAAT IBU BAPA
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2017-08-01
    Alex menerima hadiah jaket berjenama daripada Pengetua Evan dan memakainya ketika keluar berjalan-jalan. Malangnya, dia tidak sengaja terlanggar seorang lelaki tua yang kemudian memaksa Alex untuk serahkan jaket sebagai ganti rugi. Bagaimanakah Alex menangani situasi ini? Adakah dia terpaksa melepaskan jaket yang sangat bernilai itu? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  31. SIRI PUTERA 12: AYUH BERDANSA TOPIK: TARIAN
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2017-07-01
    Pelajar Akademi Lelaki Momos telah dijemput ke majlis tari-menari yang dianjurkan oleh Akademi Perempuan Poposi. Alex terkesima apabila Puteri Han memintanya menjadi pasangan menari untuk tarian pembukaan. Masalahnya, Alex tidak tahu menari! Dapatkah putera-putera membantu Alex yang darah gemuruh itu menari dengan baik? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  32. SIRI PUTERA 10: ERTI DUNIA MODEN TOPIK: TEKNOLOGI
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2016-12-01
    Putera Leon dari Jerman risau dengan trend dunia kini kerana manusia terlalu bergantung pada kemudahan moden dan peralatan elektronik. Putera Shintarou pula percaya manusia lebih lemah berbanding komputer. Percanggahan pendapat ini membawa kepada isu persaingan antara manusia dan kecerdasan buatan! Elemen manakah lebih dominan? Manusia atau mesin? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  33. SIRI PUTERA 09: PUTERA BIJAK URUS TOPIK: PENGURUSAN WANG
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2016-10-01
    Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah ditetapkan dan putera lain juga diberi peranan masing-masing. Tugas pertama mereka ialah mengawal bajet sekolah. Namun sikap keras kepala menyebabkan mereka tidak mencapai kata sepakat dalam semua hal, termasuklah agenda kewangan. Bolehkah mereka mengenepikan perbezaan pendapat dan perselisihan demi matlamat bersama? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  34. SIRI PUTERA 08: BINGKISAN DUNIA TOPIK: SIMBOL IDENTITI
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2016-08-01
    Pilihan raya Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan diteruskan. Ini bermakna persaingan antara Putera Ciel dengan Putera Gion diteruskan. Alex pula tersepit di tengah-tengah! Adakah kerjasama dalam misi bantuan akan menjadi kunci pada tautan perhubungan putera-putera ini? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  35. SIRI PUTERA 07: PEMACU MASA DEPAN TOPIK: INOVASI
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2016-06-01
    Putera-putera kini berdepan masalah untuk berbaik dengan rakan sekelas baharu mereka, Putera Gion dari Itali. Sebaik mendengar berita putera Jepun sudah kembali ke akademi, mereka bergegas untuk berjumpa namun ada sesuatu yang mengejutkan! Di tengah-tengah kemelut ini, mereka perlu bersaing untuk menjadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar. Siapakah yang lebih menonjol dan layak menerima undian pelajar Akademi Momos? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  36. SIRI PUTERA 06: DENDAM KERABAT TOPIK: DESTINASI POPULAR
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2016-03-01
    Putera Ciel dan Alex menyedari asrama mereka tunggang-langgang dan putera-putera lain telah hilang! Putera Itali tiba-tiba muncul dan mengatakan beliaulah yang ‘menyembunyikan’ putera-putera lain di destinasi popular negara mereka. Alex dan Putera Ciel perlu mencari putera itu dalam masa tiga hari. Berjayakah mereka? Apakah motif putera Itali di sebalik kejadian ini? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  37. SIRI PUTERA 05: RAIKAN TEMASYA TOPIK: FESTIVAL
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2015-12-01
    Pada mulanya Alex ingat dia bersendirian di sekolah ketika hampir semua pelajar pulang sempena cuti seminggu Akademi Momos. Tanpa disangka, Putera Ciel, Putera Ciel dan Putera Leon turut menemaninya. Walaupun Alex cuba ceriakan suasana, mereka bertiga nampaknya sukar berbaik. Bagaimanakah Alex mendamaikan mereka dan nikmati cuti ini dengan gembira? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  38. SIRI PUTERA 04: ARENA JUANG TOPIK: KESUKANAN
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2015-10-01
    Jurulatih sukan Akademik Momos tegas mengarahkan putera-putera yang kurang aktif itu bersukan. Oleh kerana jarang bersukan, mereka kekok dan malu. Lain ceritanya dengan Putera Russia, Putera Afrika Selatan dan Putera Arab Saudi; mereka sangat handal bersukan hingga menjadi idola di sekolah! Pada masa sama, ada satu kumpulan sedang merancang untuk menjatuhkan putera-putera tersebut. Bagaimanakah Alex dan putera-putera menangani persaingan baharu ini? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  39. SIRI PUTERA 03: PUTERA JEJAK WARISAN TOPIK: SEJARAH DAN BUDAYA
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2015-08-01
    Muzium Sejarah dan Budaya Dunia dirompak dengan modus operandi profesional. Axis dan putera lain turut terlibat mencari dalang utama. Pada masa sama, mereka berusaha memupuk kesedaran orang muda mengenai nilai sejarah dengan harapan golongan ini tidak kekok berkunjung ke muzium. Mampukah putera-putera ini menyelesaikan misteri rompakan dengan kepakaran dan kebijaksanaan mereka dalam ilmu sejarah? Mungkinkah muzik menjadi tempat menarik bagi orang muda? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  40. SIRI PUTERA 02: DETIK BERDETIK TOPIK: DISIPLIN MASA
    Oleh Candy Factory Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2015-06-01
    Hari ini Alexis dan semua putera memulakan sesi persekolahan. Kemudian Alexis bertembung dengan Putera Felix dari Sepanyol yang tidak sempat menghadiri Majlis Santapan Aluan Akademi Lelaki Momos disebabkan terlewat. Alexis pun mencadangkan satu majlis kecil diadakan khas untuknya. Setiap putera raja menilai masa dari perspektif sendiri dan ternyata berbeza. Bagaimanakah kemeriahan majlis itu nanti? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

  41. SIRI PUTERA 01: SEPAKATAN PUTERA RAJA TOPIK: ETIKA SOSIAL
    Oleh Kaoru Dreamerz Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2015-05-18
    Demi keamanan dunia, Akademi Lelaki Momos telah mengumpulkan pelajar elit dari seluruh pelosok dunia termasuklah putera dari England, Amerika, Perancis, Jepun, Afrika dan banyak lagi negara lain. Alexis, seorang budak dari keluarga biasa, terpilih untuk menjadi pelajar akademi tersebut. Dia yang hadir berpakaian biasa telah disalah anggap sebagai penceroboh! Bagaimanakah kehidupan Alexis bersama pemuda-pemuda berpengaruh dari seluruh dunia ini? Ikuti kisah yang penuh dengan k Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 10.80 (-10%)

41 Item(s)

Back to Top