Popular
Popular
0

There are 0 item(s) in your cart. ×

You have no items in your shopping cart.

' Segenap Takdir 'Found 249 Related Products
By FYDA ADIM
"Sekeping hatiku terluka bagai dihiris-hiris belati tajam. Mahu melupakan seketika keperitan yang sedang menghantui diriku. Semakin aku tahan, semakin aku sakit. – HUSNA Dia seorang gadis yang terikat dengan puzzle yang dicipta oleh Daniel. Sekuat apa pun dirinya menolak Daniel, tetap saja lelaki itu mengejarnya sampai dia tersungkur jatuh dan cinta. Daniel pandai bermain kata. Daniel bijak membuka jiwanya. Namun, satu peristiwa berlaku membuatkan Husna dingin dan taw Learn More
USUAL: RM24.00

NOW: RM 24.00 (-0%)

MEMBER: RM 21.60 (-10%)

By NIA AFEERAH
"Nur Adha - Ditinggalkan tanpa alasan yang kukuh membuatkan hatinya tertutup untuk bercinta lagi. Bukan tidak ada yang cuba mendekati tetapi bagi Adha, cukuplah sekali dia terluka. Parutnya masih kekal sehingga kini. Muammar Ramadhan - Melukakan hati seorang Nur Adha langsung tidak pernah terlintas di fikirannya, biarpun dirinya sering digelar ‘playboy’ tersohor. Namun, Ramadhan tersepit di antara permintaan si ayah dan kehendak sendiri. Akhirnya dia memilih untuk mening Learn More
USUAL: RM26.00

NOW: RM 26.00 (-0%)

MEMBER: RM 23.40 (-10%)

By QHAYRA QHAYRIESA
“Dia lelaki yang tak guna.. Dia rampas kau daripada aku. Depan mata aku, dia bunuh kau. Dia memang manusia tak berhati perut. Tengku Zaff memang lelaki durjana!” – ADANIA Kesilapan membawa padah… menghancurkan segala naluri yang ada. Adania terlalu bencikan Tengku Zaff. Kehilangan abang kembar pada keadaan yang tak dijangka mematikan jiwanya pada setiap pesona lelaki itu. Adania sendiri telah lama disogok kegiatan gelap Tengku Zaff yang selama ini tidak kelihata Learn More
USUAL: RM29.00

NOW: RM 29.00 (-0%)

MEMBER: RM 26.10 (-10%)

By Sara Irdina
“Aku tak akan perbodohkan hidup aku untuk perempuan lagi. Semua perempuan sama aje, tak guna… mata duitan. Pergi mati dengan duit kau tu.” – FATEH Sakitnya apabila Nurin, wanita yang dia diimpikan untuk menjadi pengantin, memberi cinta yang penuh kepura-puraan. Saat itu Fateh enggan bercinta lagi. Buang masa! Di kala Fateh menular virus membenci wanita, muncul pulak Wardah tekun menyebar virus jatuh cinta. Fateh malas nak layan… kalau layan pun terpaksa. Inga Learn More
USUAL: RM23.00

NOW: RM 23.00 (-0%)

MEMBER: RM 20.70 (-10%)

By ZANY EZATIE
"Empat tahun Ziyadh Al-Fateh membawa diri ke Kota London oleh sebab dihalau oleh papanya, Datuk Umar. Namun, semenjak menjejak kaki kembali ke Malaysia, bayangan semalam seakan kembali mengejarnya. “Aku nak kau cari dalang yang mula sebarkan video dan gambar-gambar ni.” - Ziyadh Al-Fateh “Akui kesalahan yang saya tak buat? Tak! Saya takkan ikut awak. - Dian Ariana Terpaksa dan dipaksa, kedua-dua pengkhianat dan yang dikhianati punya alasan tersendiri untuk terus Learn More
USUAL: RM24.00

NOW: RM 24.00 (-0%)

MEMBER: RM 21.60 (-10%)

By Farah Bahazelan
Persis figura terindah di taktha hati, hadirmu bukan untuk terus disakiti “Langkah yang dimulakan kerana dendam takkan bawa awak ke mana-mana. Malah, akan menjerat diri awak sendiri.” - UWAIS DZIKRAL Jerat diri sendiri? Ingin sahaja Rana ludah ke muka lelaki gua ini. Hell no! Jerat ini dia yang rancang. Dia mastermindnya! Lelaki ini hanya hamba untuk merealisasikan apa yang dia mahu. Uwais tidak menarik di matanya... Dengan wajah berjambang, ditambah pulak pakej muka beng Learn More
USUAL: RM29.00

NOW: RM 29.00 (-0%)

MEMBER: RM 26.10 (-10%)

By Suri Ryana
“Marry me, señorita.” - Isa Alejandro. Tak habis-habis lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehingga gadis itu kusut dan serabut dibuatnya! Takkanlah nak terima lamaran lelaki yang baru dikenalinya tak sampai seminggu itu? Sudahlah lepas laku. Pengetahuan agama lelaki itu pulak boleh dikatakan zero! Atuk dan nenda pun susah nak percaya yang cucu mereka mahu memilih gadis Muslimah seperti Sofiy sebagai bakal isteri. “Lain pulak taste dia kali ni, abang Learn More
USUAL: RM30.00

NOW: RM 23.90 (-20%)

MEMBER: RM 23.90 (-20%)

By Gee Azeez
"""lni soal hidup Fahad. Fahad tak suka sesiapa masuk campur dalam hidup Fahad walaupun orang itu keluarga Fahad sendiri. Hidup Fahad biar Fahad sendiri yang uruskan,""- Putera Fahad Putera Fahad nekad untuk tidak mahu menikahi gadis pilihan ayahandanya sehingga membuatkan lelaki itu mengambil keputusan untuk meninggalkan segala kemewahan yang dimilikinya. Putera Fahad merantau bersama-sama dengan pembantu peribadinya, Daiyan hingga ke Teratak Azzalea. Di teratak itu, Puter Learn More
USUAL: RM28.90

NOW: RM 28.90 (-0%)

MEMBER: RM 26.01 (-10%)

By Anjell
Takdir mereka sudah lama terjalin Mereka pernah mengalami fasa perpisahan seperti pasangan bercinta yang lain. Suria Andreana menjangkakan kisah cintanya dan Raja Haidar sudah berakhir. Namun, semuanya menjadi kompleks apabila lelaki itu kembali muncul dalam hidupnya. Tapi kali ini Suria tahu yang Haidar bukanlah sembarangan orang. Dia tahu perpisahan mereka dulu juga ada kisah di sebaliknya. Dan kemuncaknya, satu rahsia terbongkar! King! Haidar juga dikenali dengan nama Kin Learn More
USUAL: RM38.00

NOW: RM 34.20 (-10%)

MEMBER: RM 30.40 (-20%)

By Fazlyn Ridz
Terperangkap dalam janji. Menyatukan kita dalam asmara. Jiwa mencintai dan dicintai menjadi gelisah dalam gelora asmara. Bertunang dengan adik, bernikah dengan si kakak... begitulah kisah Mikayla apabila adiknya yang merupakan ‘kaki lelaki’ mempermainkan janjinya kepada Saef hanya sebulan sebelum pernikahannya. Akibatnya, Mikayla yang menjadi galang gantinya. Dia dipaksa ibu bapanya menerima Saef Haris sebagai suami. “Boleh I tahu siapa punya idea supaya I kahwin deng Learn More
USUAL: RM32.00

NOW: RM 32.00 (-0%)

MEMBER: RM 28.80 (-10%)

By NISAH HARON
Apabila kita dilontar bermakna kita tiada kawalan terhadap sesuatu. Sebegitulah takdir melontar kita ke destinasi yang tidak kita ketahui. Lalu, kita berserah sepenuhnya kepada siapa? Sudah pasti kepada Tuhan! Walau di mana kita jatuh sekalipun, di situlah tempat kita memancarkan cahaya. Saat kita dilontar ke langit, kita berusaha menjadi bintang. Apabila dilontar pula ke bumi, harap-harapnya kita menjadi intan. Naskhah Dilontar ke Langit Menjadi Bintang ini meniupkan pesan-p Learn More
USUAL: RM29.00

NOW: RM 29.00 (-0%)

MEMBER: RM 26.10 (-10%)

Out of stock

By
Denie, seorang gadis remaja yang hidup di bandar telah berpindah ke kampung disebabkan konflik keluarga. Oleh sebab persekitaran keluarganya, Denie susah nak menaruhkan kepercayaan terhadap orang lain. Dia pun jarang bergaul dengan rakan sekelas. Namun, Adam yang bersikap tulus dan baik hati telah berjaya membuka hatinya. Walaupun Denie mengidamkan kehidupan baharu di luar bandar, tetapi hidup ini tidak semudah yang disangka. Apakah takdir yang menanti Denie? Dan apakah r Learn More
USUAL: RM12.50

NOW: RM 12.50 (-0%)

MEMBER: RM 11.25 (-10%)

Out of stock

By HAFIZUL FAIZ
Sepertinya kita tidak lagi teruja hanya tinggal basa-basi hanya tinggal sebatas sapa mengenangmu ternyata lebih indah dari melihatmu depan mata benar masa lalu tidak hanya menyajikan kepatahan tapi juga tempat pelarian yang aman setelah kenyataan sepahit ini untuk ditelan. Learn More
USUAL: RM49.00

NOW: RM 49.00 (-0%)

MEMBER: RM 44.10 (-10%)

Out of stock

By FLORA SERATI
Dalam kehampaan yang menghantui, tersirat bait kekecewaan seorang anak yang terjerat dalam kehidupan yang tidak pernah dipinta. Takdir perpisahan yang terjadi memateri kesunyian yang hadirnya tidak pernah pergi, yang akhirnya membungkuskan segenap perasaan yang luluh dan remuk-redam. Kita adalah Luka yang Kita Lewati adalah sebuah perjalanan kekosongan yang menikam, dan pertanyaan tanpa jawapan yang membelenggu diri saban hari. Learn More
USUAL: RM29.00

NOW: RM 29.00 (-0%)

MEMBER: RM 26.10 (-10%)

Out of stock

By RIZAL RAMLI
PERTEMBUNGAN ANTARA MANUSIA DENGAN VAMPIRE Azril, seorang pereka grafik secara tidak sengaja terjerumus ke konflik bawah tanah yang sudah berterusan sejak beratus tahun dahulu. Adilya, anak seorang jutawan tempatan, langsung tidak mahu akur dengan sejarah dan tradisi keluarganya. Aziz, bersumpah untuk membalas dendam ke atas kematian anak dan isterinya. Pertemuan secara tidak sengaja antara Azril dengan Adilya di sebuah stesen LRT telah menerbitkan rasa suka. Namun Adilya m Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 28.00 (-0%)

MEMBER: RM 25.20 (-10%)

By Aalin Amily
Awalnya derita, akhirnya bahagia. Beri aku pasti! Apabila Nur Dhiya Fahani bertemu Tengku Fahmi, maka huru-haralah dunia jadinya. “Muka macam kasut aku, ada hati nak mengaku diri cantik!” - Tengku Fahmi “Kasut bos kasut kulit, kan? Saya tak kisahlah kalau bos samakan muka saya macam kasut bos.” - Dhiya “Memang kasut kulit. Tapi kau tahu kulit apa? Kulit oink-oink.” - Tengku Fahmi Dhiya Fahani, takut untuk bercinta. Tengku Fahmi pula, lelaki yang serik Learn More
USUAL: RM24.00

NOW: RM 24.00 (-0%)

MEMBER: RM 21.60 (-10%)

By Umie Nadzimah
Kata emaknya, Cik Pah, Suria Rihana tak pandai melawa, sebab itu tak ada lelaki mahu mendekat. Dia cuma tahu pakai baju kurung, baju kurung dan baju kurung. Mahu runtuh langit kalau dapat tengok dia pakai skirt labuh macam anak-anak dara zaman sekarang. Lagi satu,dia tak reti pakai kasut gegirl, yang dia tahu hanyalah kasut kanvas tapak rata tu. Pergilah mana pun, fesyen dia itu, itulah juga. Buruk sangatkah berpenampilan begitu? Emak dia dan sepupunya, merangkap anak saudara Learn More
USUAL: RM23.00

NOW: RM 23.00 (-0%)

MEMBER: RM 20.70 (-10%)

By Evelyn Rose
.. dan Dialah yang mengetahui jiwa setiap hamba-Nya... 13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan SYED HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru. Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama… Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara. “Hana, thank you for Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 28.00 (-0%)

MEMBER: RM 25.20 (-10%)

By Syafeza Sauli
Buku yang harus dimiliki setiap WANITA! Siapa pun anda, nyata menjadi seorang wanita itu cukup sukar, persoalan mengenai cinta, nilai dan kehidupan sering menjadi mainan dan igauan yang tiada penghujungnya. Ayuh, kita susuri dan jalani kehidupan dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah demi kehidupan yang nyata berbeza! Tentang Cinta : Hebatnya kehidupan berkasih-sayang dalam kehidupan manusia. Tentang Cinta Pertama & Terakhir : Kesakitan, bahkan kebahagiaan yang tidak bisa Learn More
USUAL: RM27.00

NOW: RM 27.00 (-0%)

MEMBER: RM 24.30 (-10%)

By Ebit Lew , Rahman Lew
Dari mana datangnya cinta?,dari mata turun ke hati . Begitulah madah yang sering diucap oleh kebanyakan manusia . Namun buku ini cuba menyingkap dan meneroka satu daerah yang begitu dalam , iaitu sudut hati manusia yang paling dalam bagi mengisi cinta yang abadi.Apabila tertusuk panahan cinta yang hakiki maka segenap jiwa dan raga sanggup dikorbankan demi yang dicintai. Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 28.00 (-0%)

MEMBER: RM 25.20 (-10%)

By Rehan Makhtar
TIGA tahun. Bukan waktu yang singkat untuk dilalui namun harapannya tetap ada, agar di balik tembok tinggi ini ada cahaya yang bergemerlapan buat dirinya. Tapi, sekali lagi ujian menyapa. Bersua dengan Raqib, buatkan Aatiq menaruh harapan indah tanpa dia tahu, lelaki itu hadir untuk terus buat dia rasa berdosa. “Baru berapa kali jumpa Encik Raqib, saya mengaku memang saya tak terhadap. Saya tak tahu apa salah saya.” - Aatiq “Sampai aku mati, akan sentiasa ada lain k Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 25.00 (-0%)

MEMBER: RM 22.50 (-10%)

By O-CHA
Cinta pandang pertama ketika usia remaja membuatkan Anis Sofea terlupa tanggungjawabnya sebagai anak dan khilaf. Bagi Anis, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk lelaki itu termasuklah menipu ibunya untuk keluar bersama si dia. Sehinggalah satu peristiwa hitam telah terjadi menjadi punca dia kehilangan orang yang tersayang. Anis Sofea nekad meninggalkan si dia yang dikatakan seorang playboy itu. Tujuh tahun berlalu, Anis Sofea yang polos dan naif menjadi seorang yang berbez Learn More
USUAL: RM24.00

NOW: RM 24.00 (-0%)

MEMBER: RM 21.60 (-10%)

By Makoto Shinkai
Mitsuha, pelajar perempuan sekolah menengah tinggal di pedalaman bermimpi menjadi lelaki. Tiba-tiba sahaja ruang bilik yang asing dan rakan-rakan tidak dikenali serta suasana bandar Tokyo terbentang depan mata. Manakala pelajar lelaki sekolah menengah bernama Taki berasal dari Tokyo bermimpi menjadi perempuan dan tinggal di pedalaman. Akhirnya mereka sedar bahawa mereka telah bertukar badan menerusi mimpi! Pertemuan mereka telah menggerakkan putaran takdir. Sebuah novel karya Learn More
USUAL: RM15.00

NOW: RM 15.00 (-0%)

MEMBER: RM 13.50 (-10%)

By Cik Tet
Jiwa Haris mati. Hidup Indah musnah. Takdir Tuhan menemukan mereka. Jiwa yang mati, hidup yang disangka musnah...kembali bersinar. Harapan dan cinta mula membasahi hati, melakar warna-warna indah, mengetuk pintu hati yang selama ini ketandusan rasa. Jiwa Haris jadi tak menentu. Hati Indah jadi resah. Lantas janji diukir. Haris berjanji menerima segala kekurangan Indah tanpa syarat. Indah berjanji yang kesetiaannya hanya untuk Haris hingga ke akhir hayat. “ Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 28.00 (-0%)

MEMBER: RM 25.20 (-10%)

By Umie Nadzimah
NURIN ASYFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama? “Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...” Itu kata ALAN WONG. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 25.00 (-0%)

MEMBER: RM 22.50 (-10%)

By Aiman Banna
Sebuah novel yang mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama Safia, yang terlalu inginkan pasangannya seorang ustaz. Hal ini kerana dia terlalu banyak tengok drama-drama dan baca lambakan novel jiwang yang mengisahkan tentang cinta lalu dia pun keawang-awangan untuk ada jalan cerita yang sama. Tetapi, takdir tetap takdir dan ianya tetap akan hadir. Ditakdirkan dia bernikah dengan seorang lelaki yang berkopiah dan tidak pernah lepas kopiah selama dia kenal dengan le Learn More
USUAL: RM30.00

NOW: RM 30.00 (-0%)

MEMBER: RM 27.00 (-10%)

By Makoto Shinkai
Aku tak sabar nak tengok komet”.Meskipun runsing dengan mesej Mitsuha tu, Taki terpaksa juga keluar dengan Okudera. Namun Taki kecewa sebab cubaan dating dengan Okudera gagal. Taki ingat bandanny dan Mitsuha masih akan bertukar tapi la tak berlaku lagi sejak hari tu. Jadi Taki mula mencari Mitsuha. Dia cuba mengagak lokasi gadis tu bersasarkan gambar dilihatnya kat pameran foto ‘Nastagia’yang dikunjungi bersama Okudera Berbekalkan tu, Taki berangkat ke Hida dari stesen Learn More
USUAL: RM10.00

NOW: RM 10.00 (-0%)

MEMBER: RM 9.00 (-10%)

By Jen NJ
Seawal umur 20 tahun,Syafawati Qaisara dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali dan tidak dicintai. Namun, pada saat-saat akhir sebelum diijabkabulkan, dia berjaya memujuk lelaki itu untuk menukarkan majlis pernikahan kepada majlis pertunangan. Tetapi lelaki itu setuju dengan bersyarat. Dia tak boleh jatuh cinta dengan sesiapa. Walaupun merasa terjerat, Syafawati Qaisara terpaksa bersetuju dengan syarat Nazim.Tunangnya. Dengan ikatan yang dirasakan cukup terbeba Learn More
USUAL: RM29.00

NOW: RM 29.00 (-0%)

MEMBER: RM 26.10 (-10%)

By Evelyn Rose
“Kau tetapkanlah Ya Allah agar hati ini hanya akan mencintai seorang lelaki yang sudah Kau tetapkan untuk menjadi suamiku. Janganlah Kau biarkan aku jatuh cinta pada manusia yang salah. Amin, Ya Rabbalalamin... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah. Aku serahkan hidup dan matiku di tangan-Mu...” Lalu takdir pun terlukis indah… JAMES HOWARDS. Senyumannya manis, wajahnya kacak dengan anak mata biru muda. Ramah dan selalu tersenyum, bicaranya penuh ilmu. Learn More
USUAL: RM23.00

NOW: RM 23.00 (-0%)

MEMBER: RM 20.70 (-10%)

By Rehan Makhtar
UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia. Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara ego yang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpun dia yakin, mereka ada sejarah bersama. “Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari dari saya? Sejauh mana saya pernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?” - Ahmad Ziyad “Tak… Kita memang tak ada Learn More
USUAL: RM26.00

NOW: RM 23.40 (-10%)

MEMBER: RM 20.80 (-20%)

By R'ans
Raihan Nasuha, tidak ubah bagaikan berlian Kohinoor yang sentiasa dikawal ketat. Hendak mendekati R’an, kena lalui barisan pengawalnya yang terlalu protective. Jade, si pemuda nakal dan ceria, tidak ubah seperti Robin Hood yang cuba mahu mencuri berlian Kohinoor yang dikawal rapi itu. “Kau ini gila tau tak?”- R’an. “Yup. Aku tahu. Aku gila, gila dengan kau.” - Jade. Masalahnya, hendak melepasi kawalan barisan pengawal R’an bukan tugas mudah. Tetapi, ke Learn More
USUAL: RM29.00

NOW: RM 29.00 (-0%)

MEMBER: RM 26.10 (-10%)

By Nureen Mirza
Elis Qaisara itu polos dan naif. Bila Raja Ashman si Tuan Pengarah Urusan di tempat kerja barunya selalu ‘himpit-himpit’, dia mula tangkap leleh, jatuh cinta setengah mati. Namun, pertemuan Elis dengan keluarga Raja Ashman merobek hatinya. Sejarah pahit terungkai semula. Khabar pelangi yang diharapkan, ribut taufan pula yang datang. “Saya tak pernah pikat awak. Saya tak ada niat nak buat awak jatuh cinta pada saya.” – Raja Ashman. Kenyataan Raja Ashman pula makin bu Learn More
USUAL: RM26.00

NOW: RM 26.00 (-0%)

MEMBER: RM 23.40 (-10%)

By Faiz Ibrahim
Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak bernama Hafiz yang mengalami penyakit MPD (Multiple Personality Disorder), di mana dia ada dua personaliti di dalam badannya tanpa dia sedar pada mulanya. Personaliti pertama ialah Hafiz, yang kedua, namanya ialah H. Mia pula seorang gadis bandar yang lengkap dengan segalanya. Dia sudah ada segalanya dan dia membenci Hafiz kerana dia ingat, Hafiz mahu mengikis duit bapanya Mia. Hafiz pula tidak berapa suka Mia kerana merasakan Mi Learn More
USUAL: RM34.90

NOW: RM 34.90 (-0%)

MEMBER: RM 31.41 (-10%)

By Melur Jelita
"Saya kenal sayang saya..." Kisah kasih sayang di antara dua insan istimewa yang membuai tika manis, menyentak tika marah dan menginsafkan tika diuji, Hilmon Yong dan Intan Zulaikha. Hilman seorang jejaka kacukan Cina-Korea-Amerika yang baru mengenal Islam ditulis takdirnya dengan Intan Zulaikha sejak 11 tahun yang lampau. Kera tampar mata! "Percaya sangat mualaf tu..."Intan Zulaikha "Kami digelar saudara baru,mualaf,masuk Melayu... bila label begini akan dihentikan Learn More
USUAL: RM60.00

NOW: RM 60.00 (-0%)

MEMBER: RM 54.00 (-10%)

By TheBingkisanHati
Buku ALLAH KAN ADA dikarang oleh empunya nama pena The Bingkisan Hati adalah sebuah buku motivasi yang mengumpulkan pesanan-pesanan selain coretan dan nukilan di dalamnya. Buku ini juga disisipkan dengan puisi dan kata-kata mutiara serta beberapa kisah pengalaman hidup agar lebih dekat dengan pembaca. Setiap ujian dan musibah yang Allah hantarkan dalam kehidupan kita bukan disengajakan. Apabila diuji, kita hanya perlu cari jalan penyelesaian. Sepanjang proses kehidupan, akan Learn More
USUAL: RM18.00

NOW: RM 18.00 (-0%)

MEMBER: RM 16.20 (-10%)

By Shunji Iwai
Semasa Pesta Bunga Api musim panas, Norimichi, seorang pelajar lelaki yang tinggal di bandar pelabuhan berjanji untuk saksikan bunga api bersama rakan-rakannya. Pada petang hari yang sama, gadis idamannya, Nazuna mengajak Norimichi melarikan diri. Namun rancangan itu gagal bila ibu Nazuna mengheretnya pulang menyebabkan mereka terpisah. Untuk bersama, Norimichi berharap dapat ulang semula hari itu dan memperbetulkan semuanya. Apa takdir cinta mereka bila hari yang sam Learn More
USUAL: RM15.00

NOW: RM 15.00 (-0%)

MEMBER: RM 13.50 (-10%)

By Ahmad Rifa'i Rif'an
Tuhan, maafkan kaml, urusan kaml dl dunla Inl maslh sangatlah banyak, sehingga kaml sangat kesulltan menyisihkan sebagian harta untuk bekal kaml di alam abadl-Mu. Jangankan sedekah, jangankan jariah, bahkan mengeluarkan zakat yang waJib saja sering kall terlupa, Tuhan, urusan-urusan dunla kami maslh amatlah banyak. Jadual kaml masih amatlah padat. Kaml amat kesulitan menyempatkan waktu untuk mencari bekal menghadap-Mu, Kami maslh belum dapat meluangkan waktu untuk khusyuk dal Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 28.00 (-0%)

MEMBER: RM 25.20 (-10%)

By Tyoba Mursyidah
Formula ganjaran Tuhan tidak tertakluk kepada logik pengiraan manusia. Semakin banyak kita mengikhlaskan pengorbanan, tanpa disangka-sangka semakin banyak rezeki dikurniakan. SuratanNya juga tidak tercapai dek akal. Setelah takdir tertulis, tak akan ada tangan yang mampu mengubahnya. Apa kita menerima semuanya yang Dia kirim? Sepantas mana pula kita bersangka baik denganNya? Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 25.00 (-0%)

MEMBER: RM 22.50 (-10%)

By Sara Aisha
“Di sini, kau kena jual hati kau. Kau kena jual jiwa kau. Kau kena hidup dalam neraka. Selamat datang ke dunia aku.” “I would stand in the shadows of your heart, and tell you I’m not afraid of your dark.” – Andrea Gibson Dia… Ryu Seorang Red Dragon. Tidak perlu banyak cakap. Tidak perlu berkata apa-apa. Hanya dengan satu pergerakan, dia boleh mematahkan tulang-temulang sang lawan. Dia… Maya Seorang gadis biasa. Itu yang dia fikir selama ini. Satu malam j Learn More
USUAL: RM29.00

NOW: RM 29.00 (-0%)

MEMBER: RM 26.10 (-10%)

By Aidah Bakri
Dilamar oleh cinta pertama, masakan mahu ditolak. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Sudah terbayang bahagia hidup bersama nanti. Namun cinta yang tidak berbalas dulu, tetap tidak berbalas meski diri sudah bergelar isteri. Dia hanyalah singgahan sementara. “Diam adalah cara yang paling tepat saat rindu tak berbalas.” Luah Inara tanpa sedar. Hujung matanya terasa hangat. Abang Is! Hati masih menyeru nama yang satu itu. “Diam adalah cara yang paling tepat saat b Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 25.00 (-0%)

MEMBER: RM 22.50 (-10%)

By Farah Husain
Kerana tidak mahu dicop sebagai ‘loser’, Alina Suffiya bertindak pantas menarik lengan jejaka ‘random’ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya. Apa nak buat, hanya si random itu saja yang dia nampak ketika itu. Hidup Zariel Amzar yang tenang dan damai tiba-tiba seperti menaiki roller-coaster di taman tema. Ini semua perempuan psiko tu punya pasal! Gosip liar mula tersebar dan dia diberi tekanan oleh mama tersayang. Suratan atau kebetulan? Mereka kini di bawah satu b Learn More
USUAL: RM27.00

NOW: RM 27.00 (-0%)

MEMBER: RM 24.30 (-10%)

By Aiman Banna
Sebuah novel yang mengisahkan tentang seorang perempuan Kelantan yang sangat cantik, Anis Safia, yang telah bahagia bersama dengan Encik Kopiah yang telah Safia minati selama ini. Walaupun Encik Kopiah itu telah dilontarkan kata-kata "KAU DAJJAL! KAU JANGAN HADIR DALAM HIDUP AKU LAGI!", Safia telah meminta maaf kepada Encik Kopiah kerana telah mempercayai fitnah busuk & kotor yang telah mempengaruhi dirinya. . Atas nama cinta, senyuman dan salam dihulurkan seikhlasnya da Learn More
USUAL: RM30.00

NOW: RM 30.00 (-0%)

MEMBER: RM 27.00 (-10%)

By Nureen Mirza
Menatap wajah Hannan Iman setelah dua tahun terpisah, hati Hizzad tak tentu rasa. Dia bagaikan budak sekolah yang pertama kali jatuh cinta. Angaunya mencecah langit ketujuh. Cemburunya sukar untuk dikawal. " Sudi tak awak terima saya semula dalam hidup awak?"- Hizzad " Saya tak naklah! Awak tak faham bahasa ke? "- Hannan Hati Hizzad meronta-ronta mahu merujuk semula dengan bekas isterinya. Namun, dah tentulah Hannan tak sudi. Yalah, dulu dia juga yang ceraikan Hanan. Al Learn More
USUAL: RM26.00

NOW: RM 26.00 (-0%)

MEMBER: RM 23.40 (-10%)

By Ruby Nur Airis
Umpama lukisan di dinding, itukah lukisan di hati? Jika begitu, aku ingin lukisan di hatiku menjadi lukisan di dinding. Agar dapatku padam segala silap dan salah. Izzad Firdaus, lelaki yang pernah bahagia dengan dua gadis. Gadis yang punyai nama yang hampir sama. Bagaimana itu boleh terjadi? Tetapi hanya satu menjadi suri hatinya dan mahu dibawa hingga ke syurga Firdausi. “Senafas rindu telah kuucapkan. Semerdu kata telah kulagukan. Semoga sejambak kasih sanggup kau tadahk Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 28.00 (-0%)

MEMBER: RM 25.20 (-10%)

By Hadi Fayyadh
Sejarah empayar purba nusantara yang dibina, bukanlah siap hanya beberapa hari, ia menyaksikan bagaimana pemimpin Melayu yang hebat ketika itu mampu mengemudi bahtera kerajaannya sehingga sukar dikalahkan musuh. Pelbagai keagungan dan kehebatan yang perna diraih akhirnya lenyap dan dipadam oleh mereka yang menang. Namun, penjajah tidak mampu melenyapkan semua debu-debu keagungan yang mereka percaya bakal bangkit di akhir zaman ini. Mereka sedar di kalangan bangsa itu akan Learn More
USUAL: RM29.90

NOW: RM 29.90 (-0%)

MEMBER: RM 26.91 (-10%)

By Rehan Makhtar
Dia… Adalah wanita yang menyayangi diri sendiri biarpun satu dunia tak mahu menghargai. Namun, saat dia mula mencintai; Ammara robek hati sendiri dengan begitu kejam. Dia tertipu dengan cinta fananya. Air mata jatuh tak terseka tetapi lelaki itu pergi begitu saja tanpa menoleh buat kali kedua. Lelah dia mencari sebab tapi akhirnya, dia pujuk hati untuk terima. “I tak paksa dan I takkan rosakkan masa depan you. But I need at least an answer. Boleh tak you bagi jawapan? Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 25.00 (-0%)

MEMBER: RM 22.50 (-10%)

By Ramlee Awang Murshid
Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'. Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna. Laksamana Sunan, Catalina dan Learn More
USUAL: RM23.00

NOW: RM 23.00 (-0%)

MEMBER: RM 20.70 (-10%)

By Tadatada
"SASARAN PENGEMBARA NO.1! SELAMATKAN BUMI! Pengkhianatan Twilight Doctor akhirnya terbongkar dan mencetus pertempuran sengit di segenap ruang dan masa! Perasaan benci yang membuak-buak menjadikan dunia sebuah medan perang hingga mengancam kehidupan planet ini. Adakah ini tanda kembalinya... Akhator? Alex pula terdengar namanya dipanggil tapi siapakah gerangan suara itu?" Learn More
USUAL: RM12.00

NOW: RM 12.00 (-0%)

MEMBER: RM 10.80 (-10%)

By Tajul Zulkarnain
Berdosa - bertaubat - perbaiki diri - buat dosa yang lain pula. Itulah manusia. Tidak pernah maksum. Miskin tidak terkecuali. Menyalahkan orang lain atas takdir yang menimpanya. Mulut orang lain mencerca, Ruji dibelasahnya. Hingga sampai satu saat, Miskin dikurniakan sesuatu yang sudah lama diimpikan. Dia berubah 360 darjah. Menjadi sebaik-baik suami. Namun, sesuatu berlaku. Miskin kembali berdosa. Bila perbuatannya terbongkar, tiada lagi maaf baginya. Bang! "Checkmate!" Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 25.00 (-0%)

MEMBER: RM 22.50 (-10%)

By Kay Omena
Pertemuan dengan Aidan mengingatkan Fiya pada arwah suaminya, Daniel. Wajah mereka serupa tetapi perwatakan berbeza. Sejuk beku seorang Aidan buatkan Fiya ingin tahu lebih lanjut tentang lelaki itu. “Awak tahu tak saya tunggu awak dekat masjid tu berjam-jam?” – Fiya. “Aku ada kata aku nak balik dengan kau ke?” – Aidan. Namun, sakit hati dengan layanan dan bicara Aidan, Fiya cuba membenci dan menjauh. Tapi takdir dan jodoh itu milik DIA. Sekuat mana Fiy Learn More
USUAL: RM26.00

NOW: RM 26.00 (-0%)

MEMBER: RM 23.40 (-10%)

By Muharikah
Adakah ini KARMA? Iman tak menyangka dia rasa begitu jauh dari Tuhan. Di waktu dia benar-benar keliru tentang apa yang berlaku. Adakah ini balasan Allah terhadap dosa-dosanya yang silam? Adakah ini karma? Tetapi, tidak ada karma di dalam Islam. Yang ada adalah ketentuan dan takdir Allah yang telah diatur buat kepentingan manusia itu sendiri. “Apa yang Allah tentukan untuk kita, awak, itulah yang terbaik. Sama ada kita dapat anak atau tidak. Akhirnya kita hidup di du Learn More
USUAL: RM30.00

NOW: RM 30.00 (-0%)

MEMBER: RM 27.00 (-10%)

By Tim Projek Lavender
Kanser mengubah kehidupan pesakit dan orang di sekeliling mereka. Kanser seringkali disalah erti sebagai hukuman. Sedangkan penyakit ini takdir Tuhan supaya insan lebih dekat dengan-Nya. Buku ini mengandungi 20 kisah pejuang kanser, penjaga, perawat dan sukarelawan yang melibatkan diri dalam komuniti kanser. Syukur dan reda menjadi tunggak dalam meneruskan perjuangan. Berjuang hidup dengan kanser Berjuang untuk terus hidup Berjuang dan tidak mengalah "We S Learn More
USUAL: RM29.00

NOW: RM 29.00 (-0%)

MEMBER: RM 26.10 (-10%)

By Aidah Bakri
Sembilan tahun berlalu. Dini yang dulunya naif, yang dianggap seperti dandelion yang rapuh oleh Harraz Rifqi, kini sudah bergelar Doktor Nurin Ardini. Kembalinya Dini ke bumi Malaysia bukan untuk merubah sejarah yang terlakar. Tapi pertemuan semula dengan Rifqi, mengingatkan dia pada sejarah lama. Sejarah luka yang amat menyakitkan. “Awak fitnah saya sampai saya terpaksa bernikah dengan awak. Kemudian, awak perkosa saya.” - Dini “Perkosa? Awak sudah menjadi isteri s Learn More
USUAL: RM26.00

NOW: RM 26.00 (-0%)

MEMBER: RM 23.40 (-10%)

By Rehan Makhtar
Kerana dia seorang anak yang menurut kata, setiap apa yang ayah dan mama pinta, dia tunaikan. Termasuklah Haikal. Dia mencuba tapi kenapa Haikal pandang segalanya sia-sia? Haikal runtuhkan segala yang dibina dalam sekelip mata. Hingga Nel ada. Nel adalah lelaki misteri. Sukarnya untuk dia rungkaikan apa yang ada dalam kepala lelaki itu. Nel yang begitu pandai berhujah. Penuh dengan prinsip hidup sendiri. Kerana itu, Edian mula hargai hati dan perasaan sendiri. “Apa Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 28.00 (-0%)

MEMBER: RM 25.20 (-10%)

By Emy Roberto
Kesinambungan JANGAN BENCI CINTAKU, kisah Rafeeqa dan Shahrizal yang sudah bertahun hidup sebagai suami isteri. “Apa akan jadi kalau hidup awak tanpa isteri macam saya?” - Rafeeqa “My life would be incomplete.” - Shahrizal Namun, perkahwinan mereka diuji lagi dan kali ini Shahrizal benar-benar menyalahkan Rafeeqa. Bagi Rafeeqa, biarpun dipersalahkan atas kehilangan orang tersayang, dia masih cuba menyelamatkan rumah tangga mereka. Masih cuba mengajak Shahrizal Learn More
USUAL: RM23.00

NOW: RM 23.00 (-0%)

MEMBER: RM 20.70 (-10%)

By Fara Hana
IRINA JASMINE yang buntu ditinggalkan mama dan papanya terpaksa menerima tawaran yang cukup lumayan daripada seorang ahli perniagaan yang berjaya. Tawaran yang membuatkan Jasmine sukar untuk menolak. Apatah lagi dalam keadaan dia dan adiknya yang diabaikan oleh kedua ibu bapa mereka. Mahu atau tidak Jasmine akur dengan kehendak takdir. Salam pertolongan itu disambut dengan resah. DRACO ENRIQUE VALIENTE punya agenda tersendiri, setiap wang yang dilaburkan ada balasannya dan Learn More
USUAL: RM27.00

NOW: RM 27.00 (-0%)

MEMBER: RM 24.30 (-10%)

By Phidot
Dunia Risa penuh dengan duka sehingga dia bertemu dengan Naufal, lelaki yang penuh dengan senyuman ketika bercuti secara solo di Seoul, Korea. Sungguh hatinya berasa jengkel setiap kali lelaki itu cuba mahu berkawan dengan dirinya walaupun sudah puas ditolak dengan pelbagai amaran dan cara. Sikap dingin Risa membuatkan Naufal penasaran. Wajah tanpa senyuman itu menggamit rasa ingin tahunya terhadap Risa, dengan lebih mendalam. Betapa sukarnya dia mahu mengetahui nama gadi Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 25.00 (-0%)

MEMBER: RM 22.50 (-10%)

By Mejar (B) Mohammad Qayyum
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah. "sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepada mu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagi mu". (QS. Al-Baqarah:120) Sebahagian umat islam di sana yang sebelumnya tidak pernah atau jarang terlihat di Masjid, sejak maghrib semalam sehingga subuh ini Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 25.00 (-0%)

MEMBER: RM 22.50 (-10%)

By Ho Sing Ee
Roh gadis berlegar-legar? Memanglah pelik, tapi tak ada yang mustahil. Boleh ke pertemuan pelik antara Noah dan Melina hadirkan kemanisan jiwa? Tiada siapa tahu permainan takdir ni tapi mungkin ia paling indah dan bermakna buat mereka? • • • "Ka... kau cakap dengan aku ke?" "Kau nampak orang lain ke kat sini?" perli Noah. Gadis itu seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengar. Wajahnya berkerut. "Ta... tapi macam mana kau boleh tengok roh?" Wo Learn More
USUAL: RM18.00

NOW: RM 18.00 (-0%)

MEMBER: RM 16.20 (-10%)

By Eyla Hime
“Aku tahu kau tertekan dengan masalah hidup kau. Tapi, bunuh diri bukan caranya!”- AAFIYA Kali pertama pertembungan, salah faham berlaku. Wafeeq tak kisah sangat tentang perkara itu. Sebab dia fikir, itu adalah kali pertama dan terakhir dia akan jumpa Aafiya. Tapi... Sejak nama Aafiya, pelakon wanita terkenal tanah air muncul dalam kamus hidupnya, Wafeeq rasa keamanannya selama ini seakan-akan terganggu. Lebih-lebih lagi, bila Aafiya mula jadi jirannya dan rapat Learn More
USUAL: RM24.00

NOW: RM 24.00 (-0%)

MEMBER: RM 21.60 (-10%)

1-249 of 249

Page:
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
*

Back to Top