Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Menguruskan wang dengan baik tidak semestinya tentang apa yang anda tahu. Ia mengenai tingkah laku anda. Dan tingkah laku sukar untuk diajar, walaupun kepada orang yang benar-benar pintar. Wang—pelaburan, kewangan peribadi dan keputusan perniagaan—kebiasaannya diajar sebagai bidang berasaskan matematik, iaitu data dan formula memberitahu kita dengan tepat perkara yang perlu dilakukan. Tetapi dalam dunia sebenar, orang tidak membuat keputusan kewangan berdasarkan hamparan kerja. Mereka membuat keputusan di meja makan, atau di dalam bilik mesyuarat, di mana sejarah peribadi, pandangan unik anda tentang dunia, ego, kebanggaan, pemasaran dan insentif ganjil dihimpunkan bersama. Dalam The Psychology of Money, Morgan Housel, penulis yang memenangi anugerah, berkongsi 19 kisah pendek yang meneroka cara pelik manusia berfikir tentang wang serta mengajar anda cara memahami dengan lebih baik salah satu topik paling penting dalam kehidupan.