Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Rukun Islam 1. Mari Melafazkan Syahadah Sofia belajar mengucapkan syahadah dengan ayahnya. Alhamdulillah... Kini Sofia sudah dapat menyebutnya. Orang yang memeluk agama Islam wajib mengucapkan syahadah. Belajarlah mengucapkan syahadah bersama-sama Sofia! 2. Mari kita Solat Udara sangat sejuk, Faris bangun untuk solat Subuh. Dia tidak mahu tertinggal solat berjemaah di masjid. Faris ingin mengejar pahala solat berjemaah kerana pahalanya lebih besar daripada solat bersendirian. Marilah mengerjakan solat berjemaah seperti Faris! 3. Mari Membayar Zakat Nadia dan Fatah membantu ibu mereka mengisi bungkusan beras untuk dijadikan zakat fitrah. Zakat fitrah dapat membersihkan jiwa kita. Kepada siapakah zakat fitrah ini diberi? 4. Mari kita Puasa Ani ingin puasa seperti ibunya. Ani ikut bersahur agar dia tidak lemah apabila berpuasa. Nana juga ikut bersahur. Namun, Nana tidak turut berpuasa kerana dia masih kecil. Nana belum kuat untuk berpuasa. Mari belajar berpuasa seperti Ani! 5. Mari Tunaikan Haji Ayah dan ibu Firman menunaikan haji pada tahun ini. Selama ditinggalkan ayah dan ibu, Firman dan kakaknya tinggal bersama dengan datuk mereka. Ayah dan ibu Firman pergi menunaikan haji untuk menjalankan rukun Islam yang kelima.