Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Buku Aktiviti Farah & Farhan: Alam Semesta Dalam Al-Quran Buku di luar, permainan di dalam! Melalui sebuah buku, kanak-kanak boleh bermain, belajar dan menjadi kawan kepada Al-Quran! Dalam Buku Aktiviti Farah dan Farhan, anak-anak dapat menampal, mewarna, melukis, menconteng, memadan dan melipat bertemakan Alam Semesta Dalam Al-Quran. Kanak-kanak mesti akan leka memadankan stiker gambar sebenar dan sibuk belajar melipat origami. Ibu dan ayah pasti suka! *** Alam Semesta Dalam Al-Quran Farah dan Farhan mahu meneroka alam semulajadi. Mereka mengembara merentasi daratan, pelbagai jenis lautan, memerhatikan langit dan pergi ke angkasa lepas. Semuanya disebut di dalam Al-Quran. Misi mereka bukan sahaja untuk mengembara, tetapi untuk menjaga alam semulajadi dengan menjaga kebersihan. Mari bermain sambil belajar mengenai alam semesta dalam al-Quran bersama Farah dan Farhan dengan semua aktiviti ini: • Tutorial Melukis • Menampal & Memadan • Mewarna • Melipat Origami Percuma 30 stiker gambar sebenar dan juga sekeping kertas origami!