Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Empat tahun Nara menanti kehamilannya. Asalkan yakin dan berusaha, dia percaya rezeki ALLAH itu tetap ada. Saat doktor mengesahkan dia hamil, Nara cukup teruja. Sangkanya, Jazlan turut gembira, namun lain pula yang terjadi. Jazlan mengaku telah bermain kayu tiga! Berbulan-bulan lamanya Jazlan curang dengan si janda muda beranak dua. Hancur luluh hatinya. Mengapa Jazlan tidak sabar menunggu? Mengapa Jazlan tergamak menduakannya? “Abang dah pujuk Wafa, tapi Wafa tak nak bermadu. Maafkan abang sebab terpaksa lepaskan awak.” “Abang rela buang Nara demi menjaga hati perempuan tu? Abang cakap sayangkan Nara, tapi semua tu bohong!” Akibat pertelingkahan itu, Nara diceraikan dengan talak satu. Malam itu juga, dia dihalau dari rumah. Dalam hujan gerimis, menimpa dirinya. Takdir Yang Maha Esa menemukannya dengan Haq, seorang duda beranak satu.