Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
KUASAI PBD direncanakan dengan hasrat untuk melengkapi buku teks dan mempermudah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di sekolah. Siri ini juga dimodenkan dengan bahan-bahan digital yang mesra guru dan murid dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara dalam talian atau luar talian. Gabungan elemen terancang yang hebat ini semestinya dapat membantu murid memantapkan penguasaan setiap subjek secara tuntas. Ciri-ciri buku: - Nota Ringkas yang membantu murid memahami kandungan subtopik sebelum membuat latihan - Praktis PBD: i) Soalan latihan formatif dirangka jelas mengikut Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) sejajar dengan halaman buku teks ii) Soalan dikreteriakan mengikut 6 Tahap Penguasaan (TP) iii) Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) iv) Cuba Jawab merujuk soalan Praktis Sumatif di akhir bab - Aktiviti PAK-21 & Projek STEM (Project-based Learning) i) Cadangan aktiviti atau projek disertakan ii) Mempunyai tag & thumb index supaya lebih mesra pengguna - Praktis Sumatif i) Soalan latihan pada akhir bab memberi pendedahan awal kepada muird kuasai format SPM sebenar ii) Soalan mencukupi pelbagai Standard Pembelajaran (SP) iii) Tip Menjawab memberikan maklumat tambahan kepada murid supaya mereka dapat menjawab soalan KBAT - Kukuh Kemahiran i) Mengukuhkan kemahiran murid yang merangkumi setiap bab - Mesra Digital i) Info/ Video: laman sesawang atau video yang mangandungi maklumat tambahan ii) Tutorial: Video pengajaran tentang sesuatu topik iii) Kalkulator: Video tentang cara penggunaan kalkulator saintifik dalam pengiraan iv) Praktis Intensif & Strategi Menjawab: Sebagai latihan kendiri. Contoh Penyelesian dan Strategi bersama soalan (Cuba Ini) disediakan dalam setiap bab - Aplikasi KBAT (kod QR) i) Soalan latihan berfokus KBAT ii) Tip Menjawab untuk membantu murid menjawab soalan KBAT - Pentaksiran Akhir Tahun (kod QR) melatih murid menjawab soalan berbentuk format SPM - Pelangi Online Test (POT) (kod QR) i) Menggalakkan murid membanyakkan latihan soalan objektif mengikut topik secara dalam talian - Jawapan (kod QR) i) Booklet Langkah Penyelesian Lengkap disertakan