Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Hassan Basri terjumpa buku lama pusaka datuknya. Rupa-rupanya itu adalah jurnal Tun Cempaka pada era Perang Bendahara Pahang. Tun Cempaka menjadi saksi kepada pengajian seni pantun Kakandanya, Hassan Perwira dengan anak saudara Gabenor British, Katherine Cavenagh. Menjadi persoalan yang besar. Kenapa perempuan inggeris itu berminat hendak mendalami seni pantun Melayu sedangkan hubungan Melayu dan British sedang tegang? Hassan Basri tersentak. Sahabatnya Khadija menunjukkan buku yang hampir sama dengannya yang mempunyai kesan seperti tikaman. “Awak begitu benci dengan buku ini sampai awak tikam dengan pisau?” “Tidak!” Khadija hampir-hampir membentak. Tanpa mereka sangka, 2 naskhah usang berusia ratusan tahun itu menyimpan sejarah bangsa yang tidak pernah terungkap. Apakah kisah di sebaliknya?