Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Pn. AZNUR AISYAH merupakan guru bahasa Jepun di Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Soisal dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau memiliki ijazah sarjana (Linguistik) dari UKM dan ijazah sarjana muda (Kejuruteraan) dari Universiti Gunma, Jepun. Beliau telah berkhidmat di UKM selama 11 tahun dan pernah dilantik sebagai pensyarah pelawat di Tokyo University of Foreign Studies (TUFS), Jepun. Bidang kajian beliau adalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Jepun serta kajian terjemahan. Dr. NORMALIS AMZAH merupakan guru bahasa dan budaya Jepun di Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Soisal dan Kemanusiaan, UKM. Beliau memperolehi ijazah kodoktoran dari National University of Singapore (Pengajian Jepun), jazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia (Terjemahan) dan ijazah sarjana muda dari Universiti Nagoya. Beliau juga melakukan penyelidikan berkaitan linguistik, sastera dan budaya Jepun, pemerolehan bahasa, terjemahan dan analisis wacana.