Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Botani dan Zombi masing-masing menerima undangan misteri untuk menyertai permainan percubaan di Pulau Kayangan. Namun, ia telah berubah menjadi pertarungan dalam ikhtiar hidup. Hanya dengan mengumpulkan kesemua kad permainan, barulah mereka dapat membebaskan diri. Dalam pertarungan ini, Botani sekalian berjaya melarikan diri daripada pemburuan Euoplocephalus dan Sigilmassasaurus, lalu mengalahkan Pachycephalosaurus yang mengamuk. Mereka berjaya mendapatkan kad terakhir daripada Majungasaurus dan akhirnya masuk ke kawasan cabaran terakhir. Apa yang tidak tersangka ialah Sawi yang telah hilang kesedaran bakal menjadi pesaing mereka! Bagaimana Botani harus menghadapinya? Siapa sebenarnya orang misteri di sebalik permainan ini? Jom membaca buku komik ini bersama-sama Botani dan dinosaur sekalian. Pertarungan akan mula sekarang!