Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
"Adakah aku benar-benar dapat menulis?" Menulis kerap dikaitkan dengan keistimewaan milik seseorang bersandarkan bakat. Disebabkan kepercayaan itu, sesuatu yang mahal dipanggil pengalaman dan pengetahuan yang ada pada diri kita mula dikambus. Kedua-duanya dibiarkan sunyi dan ditekan agar ia tidak timbul ke permukaan kehidupan. Kita cuba menafikan dengan melalui kehidupan bekerja dan mengurus keluarga seperti biasa. Sebaliknya, ada sesuatu yang berlaku. Apa yang cuba dilupakan semakin kerap berlegar seperti roh yang tidak aman. Lama kelamaan, hati rasa sakit dan fikiran menjadi terbeban. Hajat yang tidak sempurna selalu merintih agar kisah itu didengari. Kita mula bertanya kepada diri, "Adakah berbaloi sekiranya aku hidup resah begini?"