Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Tugas kita melindungi dan menjamin kesejahteraan hidup anak-anak. Ibu ayah mesti menjadi guru pertama yang mengajar sendiri anak-anak tentang seksualiti. Ibu ayah juga perlu meluruskan kefahaman anak-anak yang sedang membesar dan mengalami perubahan fizikal dan emosi. Terlebih dengan semangat ingin tahu yang tinggi. Ibu ayah harus membimbing anak-anak untuk memahami diri mereka sendiri. Anak-anak semakin ke hadapan pemikiran mereka hasil pendedahan kepada gajet, kawan-kawan sebaya dan pergaulan dengan orang yang lebih berusia. Mereka suka bertanya apa-apa yang melintas di fikiran.