Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Reiden Shinoda diwasiatkan untuk mencari anak Kenchi yang jauh di Malaysia. Demi mendapatkan hak ke atas harta peninggalan Kenchi dan meneruskan klan Yakuza, lelaki berdarah sejuk itu harus melakukan sesuatu. “Tuan mesti mengahwini Talia.” – Kaito “Macam mana kau boleh minta aku buat sesuatu yang tak mungkin aku akan buat?” - Reiden Awalnya hanya kerana wasiat. Namun lama-kelamaan, lelaki berdarah sejuk itu bertukar menjadi lelaki yang hangat. “I dah tak perlukan you jadi PA I. Sebab I nak you jadi wife I.” - Reiden “Gila! Dah kemaruk sangat nak kahwin ni apa pasal?” – Talia Rumahtangga yang bahagia, rupanya hanya seketika. Ada musuh mahu membalas dendam. Sejak itu juga, nyawa Talia sentiasa dalam taruhan. “Memang dah sepatutnya aku ‘rasa’ kau dulu sebelum aku bunuh.” - Matsumo “Reiden! Tolong saya!” – Talia “Aku tak pernah memaafkan sesiapa yang mencari pasal dengan aku atau keluarga aku.” - Reiden Diamnya Reiden bukan bermakna dia tak ambil peduli. Tapi bila orang-orang kesayangannya disentuh, dia takkan berdiam diri. “Antara I dengan Kaito... you akan memilih dia.” – Talia “"Eventhough I'm the bad guy, I would sacrifice everything for you".” - Reiden Namun, bagaimana pula dengan penerimaan Talia? Apa pula pilihan Reiden setelah diberi kata dua oleh mereka? Isteri, atau Klan Yakuza?