Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Pola makan yang hanya mengambil sayur-sayuran sudah lama dikenali oleh kebanyakan masyarakat dengan nama pola makan vegetarian. Walaupun sudah terbukti baik untuk kesihatan, pola makan ini masih tidak mendapat sambutan yang sewajarnya. Kebanyakan orang menjadikan alasan kekurangan nutrisi seperti zat besi, protein dan sesetengah vitamin sebagai sebab utama mereka menolak untuk menjadi seorang vegetarian. Sedangkan, alasan itu tidak benar. Selain mengurangkan risiko mndapat penyakit obesiti, pola makan vegetarian juga berguna untuk mencegah risiko terkena penyakit jantung, hipertensi, diabetis mellitus, osteoporosis, batu karang, kanser dan juga penyakit lain. Buku ini menjelaskan semua perkara yang patut diketahui mengenai pola makan vegetarian. Ia juga turut dilengkapi dengan 55 jenis resipi vegetarian yang lazat setanding dengan makanan berasaskan haiwan. Malah, resipi ini semuanya menyihatkan.