Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Radikal bebas ada di mana-mana dan kita terdedah dengannya.Di jalan raya, kita menyedut asap kenderaan manakala di pejabat pula rakan sekerja kita merokok. Selain itu, kita juga mengambil makanan yang penuh dengan bahan pengawet tidak kira waktu makan. Semua ini menyumbang radikal bebas yang bersifat karsinogenik atau menyebabkan sel kanser dan pelbagai penyakit degeratif lain seperti penyakit jantung dan diabetes melitus. Antioksidan mencegah terbentuknya radikal bebas ini. Sebatian antioksidan ini menyumbangkan satu atau lebih elektron bebas. Namun, simpanan antioksidan di dalam tubuh sangat terbatas. Akibatnya, ketika pendedahan radikal bebas, tubuh memerlukan antioksidan dari luar tubuh-tubuh. Jintan hitam, propolis dan minyak zaitun kaya dengan antioksidan yang diperlukan oleh tubuh. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati dengan pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan. Pangambilan salah satu daripada herba ini adalah langkah yang sangat menguntungkan.