Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Kehidupan ini sememangnya memiliki rahsia yang tersembunyi. Adakala, apa yang kita harapkan tidak menjadi, sebaliknya apa yang diminta kita memperolehinya. Usah cepat berputus asa dengan rahmat Ilahi dan terus menghukum bahawa doa kita tidak diperkenankan. Teruslah memohon di samping merenung ke dalam diri apakah yang telah Allah SWT limpahkan kepada kita. Sejujurnya, jika hendak dicatatkan, sudah tentu tinta seluas air lautan yang digunakan tidak mencukupi. Ini menggambarkan betapa tidak terhitung nikmat-Nya.