Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Pembukaan semula tanah belakang university yang ditutup sejak berpuluh tahun lamanya telah membebaskan seekor makhluk yang terpasung di situ. Malapetaka yang dahsyat meletus. Kejadian aneh dan menyeramkan mula menghantui seluruh pelosok universiti. Huru hara dan kacau bilau merasuk sehingga mengorbankan nyawa. Ramai mengatakan setiap yang mati menjadi mangsa amukan pocong! Aliya, Nadia dan Deena cuba merungkai misteri yang menyelubungi. Sehingga tersingkap kisah tarekat sesat bertuhankan syaitan yang pernah bermaharajalela di situ sejak 1950-an. Mereka bertiga berusaha mencari pelaku yang sebenar. Amalan syirik lagi kufur itu dipercayai dihidupkan semula. Tanpa sedar nyawa mereka menjadi buruan penyembah syaitan! Ilmu yang kamu semua kenal hanyalah kulit. Ilmu yang aku amalkan isi. Sepertimana Nabi Musa yang hanya melihat zahir dan Nabi Khidir yang melihat batin. Aku sudah berada di sisi Tuhan! - LATIF Tanah itu tanah celaka! Tempat bersemadinya penyembah syaitan! - SULONG Aku nampak pocong berdiri ramai-ramai dalam surau ni! - NADIA