Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Logiknya, selepas habis sekolah rendah tadika, kita akan masuk sekolah rendah. Setiap tahun kita akan naik darjah 1 hingga 6. Kemudian selepas tamat sekolah rendah, kita pula akan masuk sekolah menengah. Sebenarnya perkataan yang lebih tepat adalah wajib masuk sekolah menengah. Mana boleh sambung sekolah rendah lagi hanya dengan alasan kita takut tidak boleh faham mata pelajaran di sekolah menengah. Tetapi tidak bagi Alya Amira. Dia tidak mahu masuk sekolah menengah kerana bermacam - macam alasan. Puas ibu dan ayahnya pujuk sehingga Alya terpaksa dihantar ke rumah sepupunya bagi mendapatkan khidmat nasihat. Aduh, pening betul melayan kerenah Alya.