Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Hulagu Khan cucu kepada penakluk ulung Monggol, Gengkhis Khan. Lelaki yang keras dan bercita-cita tinggi. Semua itu datang tepat pada waktunya, semasa umat Islam berpecah dan lalai pada tugas hakiki mereka di dunia. Selepas berjaya menakluk wilayah Lurs, di Iran dan Hashasim, Hulagu Khan menumpukan usaha menakluk Kota Baghdad. Setelah berjaya menumbangkan Khalifah al Musta'sim Billah dan menakluk Kota Baghdad dan menghancurkan peradaban Islam, Hulagu Khan menakluk Damsyik. Kemudian cuba menakluk Mesir. Dunia Islam sudah berada di hujung tanduk, diasak hingga ke nafas terakhir. Lalu siapa yang amampu menahan Hulagu Khan daripada menghancurkan luluh dunia Islam?