Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
TUMPASNYA RICHARD THE LIONHEART Selepas Baitulmuqaddis berjaya dibuka oleh Salahudin Al-Ayubi, negara-negara Kristian Eropah mula menggerakkan misi merampas kembali tanah suci itu. Raja-raja Eropah mengumpulkan kekuatan tentera yang mencapai ratusan ribu orang lalu berarak menuju ke Timur. Salah seorangnya adalah Richard I, Raja England yang lebih dikenali sebagai Richard The Lionheart. Kepintaran strategi dan kegagahan beliau di medan tempur menyebabkan tentera Islam mengalami kekalahan. Akhirnya tentera Richard The Lionheart sudah semakin hampir dengan Baitulmuqaddis dan akan bertembung dengan tentera Islam di bawah pimpinan Salahudin Al-Ayubi. Apakah pengakhiran pertembungan dua pemimpin agung ini?