Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Buku Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi Surah Hud ini merupakan terbitan pertama koleksi buku-buku tafsir oleh al-Marhum Tuan Guru. la diterbitkan pada tahun 1996. Mengapa surah ini tertebih dahulu dipilih oleh jawatankuasa penerbitan? Surah ini dipilih memandangkan al-Marhum Tuan Guru menghuraikannya dalam dua situasi. Pertama, situasi sebelum Tuan Guru memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Kedua, selepas Tuan Guru memegang tampuk pemerintahan di negeri Kelantan. Justeru, berdasarkan kedua-dua huraiannya, kita boleh melihat perbezaan penerangan Tuan Guru. Tema utama Surah Hud ini terkandung di dalam ayat kedua yang berbunyi; "(AL-Quran yang demikian sifatnya diturunkan oleh Allah) supaya janganlah kamu menyembah sesuatu pun melainkan Allah." Mesej ini terkandung di dalam risalah semua para nabi sama ada Nabi Adam, Nabi Yunus, Nabi Hud, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Muhammad dan semuanya; 'Alayhimussolatuwas Salam.