Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Selepas beberapa kali bertukar tempat kerja dalam waktu yang singkat, April bertemu dengan bos baharu yang sangat baik. Di tempat baharu, dia bekerja dengan penuh bersemangat tanpa sedar ia membina keserasian dan sikap saling faham memahami antara April dan bosnya, Marcus. Tanpa diduga, keserasian itu telah membawa April ke wilayah kehidupan peribadi Marcus. April kemudian ditugaskan untuk mengetuai Projek GF, projek rahsia yang dibiayai oleh Marcus untuk menyelamatkan Hutan Gala. Projek tersebut telah mempertemukan April dengan Profesor Minjay. Ketika sibuk mengusahakan Projek GF, ia seperti menjarakkan perhubungan antara April dan Marcus sehinggalah sampai kepada peristiwa Marcus cuba membunuh diri. Tragedi demi tragedi yang berlaku telah mengeratkan perhubungan antara April, Marcus dan Prof. Minjay. Pada ketika April cuba membantu Marcus menangani konflik emosi, ketika yang sama juga April menerima luahan cinta daripada Prof. Minjay. April menerima lamaran Prof. Minjay tetapi profesor tersebut dibunuh beberapa minggu sebelum tarikh perkahwinan mereka. Projek GF telah berjaya menyelamatkan Hutan Gala, tetapi dalam masa yang sama ia telah mengorbankan beberapa nyawa. April dan Marcus terpaksa berhijrah ke Jerman atas faktor keselamatan. Mereka berdua terpaksa mengalah kepada jodoh yang menyatukan mereka dengan perkahwinan kerana pada akhirnya mereka berjaya menterjemahkan keserasian, keakraban dan sikap saling faham memahami sebagai suatu istilah yang lebih ringkas tetapi sangat rumit – iaitu CINTA.