Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Ikan bilis adalah satu daripada makanan asas di kebanyakan dapur di Malaysia. Ikan bilis boleh dimasak bersama lauk utama, atau sebagai masakan sampingan, taburan, penambat selera, dan juga untuk membuat masakan semakin lengkap, menambah perasa dan sedap diratah bila digoreng. Rumah saya sentiasa ada Ikan Bilis dan Kacang Sira. Apabila saya tidak tahu apa saya terasa hendak makan, Ikan Bilis dan Kacang Sira sudah mencukupi untuk saya. Letakkan sedikit sahaja ikan bilis ke dalam Sup Bayam dan supnya akan terus terasa sedap. Rangupnya ikan bilis di dalam Pucuk Ubi Goreng Negeri Sembilan, menambah tekstur dan kesedapan. Kerabu pun lazat dengan kerangupan ikan bilis goreng dan kebanyakan resipi sambal perlukan ikan bilis. Sarapan kesukaan arwah ayah saya pula adalah Cucur Ikan Bilis. Waktu anak saya belajar di luar negeri, dia tidak ada banyak masa untuk membeli bahan-bahan masakan dan kekurangan tempat di dalam peti sejuk, ikan bilislah yang “menyelamatkannya”. Jadi kebanyakan masakkannya menggunakan ikan bilis! Kamu boleh begitu juga. Jom simpan ikan bilis di dapur anda dan mula memasak!
"Biodata Marina Mustafa adalah penulis buku masak dengan 14 buah buku berlainan tajuk. Setengah dari buku masakannya telah disenaraikan dalam kategori ‘buku masak terlaris’. Tiga daripada buku Marina telah memenangi anugerah Gourmand International Cookbook Awards di Perancis pada tahun 2017 dan 2018. Pada Disember 1991, keluarga Marina telah membuka restoran Cafe Dania dan mengendalikanya selama 14 tahun. Kebanyakan masakan yang dihidangkan adalah kontinental atau masakan ala barat. Marina ialah duta kepada Philips Malaysia dan telah berkhidmat semenjak tahun 2012. Kerjanya banyak melibatkan pengunaan alat perkakas dapur Philips dan Philips Avent. Di antaranya demontrasi masakan, menjadi hakim pertandingan masakan, mencipta resipi, menjalankan bengkel masakan, mengendali pek makanan media dan blogger, rakaman video masakan, menyertai pelancaran produk baru dan juga aktiviti di hospital berlainan. Marina mecipta resipi-resipi untuk syarikat antarabangsa seperti McCormick dan Saladmaster, syarikat jualan langsung seperti Tupperware dan Amway, dan juga syarikat tempatan besar seperti F&N, Gardenia dan Lam Soon Group. Pada tahun 2014, Marina dijemput untuk memasak di hadapan presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedow, untuk Asiada Master-Class Cooking Event di Ashgabat. Selain itu, Marina pernah menyertai beberapa rancangan masakan, yang pertamanya adalah ‘Dari Dapur Marina’ di Astro Awani, diikuti dengan rancanganrancangan lain yang disiarkan di TV2, TV3 dan NTV7. Marina juga menguruskan sekolah masak untuk beberapa tahun, dengan fokus kepada masakan bersama kanak-kanak, di mana sekolah masak Marina mendapat sambutan hangat dari pihak media. Marina sekarang berkerjasama dengan The Culinary Studio untuk memulakan kelas masak secara berterusan. Tambahan pula, Marina adalah juga stailis makanan untuk Air Asia, Kentucky Fried Chicken dan Daisy Marjerin. Pada tahun 2019, Marina telah menulis sebuah buku masak untuk NuMee Gardenia Marina mencipta resipi untuk NuMee Gardenia bersama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan khas untuk sekolahsekolah kebangsaan di mana resipi Marina diikuti dan dimasak oleh pengusaha kantin untuk dihidangkan di semua sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah seluruh Malaysia. Di samping itu, Marina juga mengajar memasak di masjid dan Pusat Spastik Selangor sebagai amal jariah selama 10 tahun. Secara ringkas, Marina berminat dan mahir dalam apa-apa yang berkenaan dengan makanan dan berkaitan dengan budaya dan keluarga. Marina sekarang mengutamakan masakan tradisional yang dimasak dengan cara moden dengan harapan yang masakan dulu-dulu tidak lupai. "
CONTENT PREVIEW OF THE BOOK
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 8 Pengenalan – 25 Resipi Ikan Bilis 9 Ramuan dan Rempah yang Biasa Digunakan 12 Ikan Bilis dan Kacang Sira 14 Ikan Bilis Kicap Cili Padi 16 Ikan Bilis Masak Asam 18 Popiah Ikan Bilis 20 Sambal Telur Ikan Bilis 22 Sup Bayam Ikan Bilis 24 Cucur Ikan Bilis 26 Tempe Ikan Bilis Berlada 28 Sambal Kering Ikan Bilis 30 Ikan Bilis Sambal Hijau 32 Kerabu Ikan Bilis 34 Sambal Tumis Ikan Bilis 36 Sambal Ikan Bilis Petai 38 Sambal Kentang Ikan Bilis Rangup 40 Ikan Bilis Cornflake Pedas 42 Sambal Tomato Ikan Bilis 44 Sambal Tempoyak Goreng Ikan Bilis 46 Bubur Nasi Sambal Ikan Bilis 48 Umai Ikan Bilis 50 Kerabu Timun Ikan Bilis 52 Serunding Ikan Bilis 54 Kerabu Bendi Ikan Bilis 56 Pucuk Ubi Goreng Ikan Bilis 58 Sambal Belimbing Buluh Ikan Bilis 60 Sambal Tauhu Ikan Bilis "