Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Apabila sakit, demam dan selsema, kita makan sup. Apabila kesedihan, kita minum sup. Selepas memakan makanan yang bergoreng dan berminyak, kita sebaiknya minum sup. Sup bukanlah hanya tenangkan perut, tetapi juga menenangkan jiwa. Tidak kira memasak secara laju atau perlahan, sup selalunya penuh dengan nutrisi. Kesemua bahan-bahan yang digunakan untuk memasak sup akan meresap kedalam sup dan sesuai dimakan begitu sahaja. Sudah begitu lama saya memasak Sup Krim Ayam Cendawan, Sup Labu, Sup Lek dan Kentang dan Sup Kacang Pis dan Daun Pudina. Keluarga saya pula sangant suka sup berempah seperti Sup Ekor Lembu, Sup Tulang Kambing, Sup Tulang Berempah dan Soto Ayam. Ibu saya pernah menyuruh saya sup yang pernah dia mencubai, iaitu Sup Tomato Bebola Daging yang saya sudah beberapa kali memasak untuknya. Semakin umur meningkat, saya semakin menikmati Sup Sayur, Sup Kubis dan Tauhu, dan Sup Tom Yam. Kesemua resipi-resipi ini, saya kongsikan di dalam buku saya. Tenangkanlah perut dan jiwa dengan resipi-resipi saya.
"Biodata Marina Mustafa adalah penulis buku masak dengan 14 buah buku berlainan tajuk. Setengah dari buku masakannya telah disenaraikan dalam kategori ‘buku masak terlaris’. Tiga daripada buku Marina telah memenangi anugerah Gourmand International Cookbook Awards di Perancis pada tahun 2017 dan 2018. Pada Disember 1991, keluarga Marina telah membuka restoran Cafe Dania dan mengendalikanya selama 14 tahun. Kebanyakan masakan yang dihidangkan adalah kontinental atau masakan ala barat. Marina ialah duta kepada Philips Malaysia dan telah berkhidmat semenjak tahun 2012. Kerjanya banyak melibatkan pengunaan alat perkakas dapur Philips dan Philips Avent. Di antaranya demontrasi masakan, menjadi hakim pertandingan masakan, mencipta resipi, menjalankan bengkel masakan, mengendali pek makanan media dan blogger, rakaman video masakan, menyertai pelancaran produk baru dan juga aktiviti di hospital berlainan. Marina mecipta resipi-resipi untuk syarikat antarabangsa seperti McCormick dan Saladmaster, syarikat jualan langsung seperti Tupperware dan Amway, dan juga syarikat tempatan besar seperti F&N, Gardenia dan Lam Soon Group. Pada tahun 2014, Marina dijemput untuk memasak di hadapan presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedow, untuk Asiada Master-Class Cooking Event di Ashgabat. Selain itu, Marina pernah menyertai beberapa rancangan masakan, yang pertamanya adalah ‘Dari Dapur Marina’ di Astro Awani, diikuti dengan rancanganrancangan lain yang disiarkan di TV2, TV3 dan NTV7. Marina juga menguruskan sekolah masak untuk beberapa tahun, dengan fokus kepada masakan bersama kanak-kanak, di mana sekolah masak Marina mendapat sambutan hangat dari pihak media. Marina sekarang berkerjasama dengan The Culinary Studio untuk memulakan kelas masak secara berterusan. Tambahan pula, Marina adalah juga stailis makanan untuk Air Asia, Kentucky Fried Chicken dan Daisy Marjerin. Pada tahun 2019, Marina telah menulis sebuah buku masak untuk NuMee Gardenia Marina mencipta resipi untuk NuMee Gardenia bersama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan khas untuk sekolahsekolah kebangsaan di mana resipi Marina diikuti dan dimasak oleh pengusaha kantin untuk dihidangkan di semua sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah seluruh Malaysia. Di samping itu, Marina juga mengajar memasak di masjid dan Pusat Spastik Selangor sebagai amal jariah selama 10 tahun. Secara ringkas, Marina berminat dan mahir dalam apa-apa yang berkenaan dengan makanan dan berkaitan dengan budaya dan keluarga. Marina sekarang mengutamakan masakan tradisional yang dimasak dengan cara moden dengan harapan yang masakan dulu-dulu tidak lupai. "
CONTENT PREVIEW OF THE BOOK
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 8 Pengenalan – Sup Pemanas Perut 9 Ramuan dan Rempah yang Biasa Digunakan 12 Sup Tulang Berempah 14 Sup Tulang Merah 16 Sup Tulang Kambing 18 Sup Daging ala Thai 20 Sup Ekor Lembu 22 Soto Ayam 24 Sup Tomato dengan Bebola Daging 26 Sup Tom Yam Makanan Laut 28 Sup Labu 30 Sup Krim Ayam dan Cendawan 32 Sup Lima Cendawan 34 Sup Sayur Bening 36 Sup Leek dan Kentang 38 Sup Kacang Pis dan Daun Pudina 40 Sup Kubis dan Tauhu 42 Sup Bayam dengan Bebola Ikan dan Ikan Bilis 44 Sup Wantan 46 Sup ABC 48 Sup Timun Tua 50 Sup Ubi Bit dan Jagung 52 Sup Akar Teratai 54 Sup Petola dan Fucuk 56 Sup Bebola Ikan 58 Sup Kepala Ikan 60 Sup Kaki Ayam "