Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Saya selalu beli makanan dari gerai dan teringin memasakknya di rumah. Keinginan ini semakin ketara apabila makanan dari gerai tertentu yang saya suka sangat, sudah tiada lagi. Lagi sedih apabila gerai itu masih berniaga tetapi masakannya tidak sesedap dahulu. Jadi inilah sebabnya permulaan saya memasak makanan gerai yang saya minati sendiri. Janganlah cakap tentang Popiah Goreng Bersira. Popiah yang paling saya sukai yang dijual di bazaar Ramadhan. Saya hanya dapat merasainya 30 hari dalam setahun sahaja, tapi akhir-akhir ini, sejak jualannya laris, kualitinya pula merosot. Terpaksalah saya memasak Popiah Goreng Bersira sendiri. Sedih pula saya nak bercerita tentang Cucur Udang Melaka. Setiap kali saya melalui Melaka, saya mesti singgah untuk merasa Cucur Udang yang sangat gebu dan sedap. Takkanlah saya ke Singapura untuk mendapat Murtabak Singapura yang asli. Mee Goreng Mamak tidaklah susah sangat dicari tetapi setiap kali saya memakannya, rasanya berlainan dan kedai kesukkan saya pula sudah ditutup. Suami saya suka sangat Kuey Teow Goreng yang dijual di gerai di PJ, tetapi semenjak tukang masaknya meninggal, rasanya pun sudah berubah. Saya tahu yang semua telah melalui masalah ini berkaitan dengan makanan gerai, sebab itulah saya mula memasak masakan gerai di rumah. Kualiti bahan-bahan yang kita guna bukan saja terjamin, tetapi rasanya pun kita boleh ubahsuaikan mengikut cita rasa keluarga tersendiri.
"Biodata Marina Mustafa adalah penulis buku masak dengan 14 buah buku berlainan tajuk. Setengah dari buku masakannya telah disenaraikan dalam kategori ‘buku masak terlaris’. Tiga daripada buku Marina telah memenangi anugerah Gourmand International Cookbook Awards di Perancis pada tahun 2017 dan 2018. Pada Disember 1991, keluarga Marina telah membuka restoran Cafe Dania dan mengendalikanya selama 14 tahun. Kebanyakan masakan yang dihidangkan adalah kontinental atau masakan ala barat. Marina ialah duta kepada Philips Malaysia dan telah berkhidmat semenjak tahun 2012. Kerjanya banyak melibatkan pengunaan alat perkakas dapur Philips dan Philips Avent. Di antaranya demontrasi masakan, menjadi hakim pertandingan masakan, mencipta resipi, menjalankan bengkel masakan, mengendali pek makanan media dan blogger, rakaman video masakan, menyertai pelancaran produk baru dan juga aktiviti di hospital berlainan. Marina mecipta resipi-resipi untuk syarikat antarabangsa seperti McCormick dan Saladmaster, syarikat jualan langsung seperti Tupperware dan Amway, dan juga syarikat tempatan besar seperti F&N, Gardenia dan Lam Soon Group. Pada tahun 2014, Marina dijemput untuk memasak di hadapan presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedow, untuk Asiada Master-Class Cooking Event di Ashgabat. Selain itu, Marina pernah menyertai beberapa rancangan masakan, yang pertamanya adalah ‘Dari Dapur Marina’ di Astro Awani, diikuti dengan rancanganrancangan lain yang disiarkan di TV2, TV3 dan NTV7. Marina juga menguruskan sekolah masak untuk beberapa tahun, dengan fokus kepada masakan bersama kanak-kanak, di mana sekolah masak Marina mendapat sambutan hangat dari pihak media. Marina sekarang berkerjasama dengan The Culinary Studio untuk memulakan kelas masak secara berterusan. Tambahan pula, Marina adalah juga stailis makanan untuk Air Asia, Kentucky Fried Chicken dan Daisy Marjerin. Pada tahun 2019, Marina telah menulis sebuah buku masak untuk NuMee Gardenia Marina mencipta resipi untuk NuMee Gardenia bersama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan khas untuk sekolahsekolah kebangsaan di mana resipi Marina diikuti dan dimasak oleh pengusaha kantin untuk dihidangkan di semua sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah seluruh Malaysia. Di samping itu, Marina juga mengajar memasak di masjid dan Pusat Spastik Selangor sebagai amal jariah selama 10 tahun. Secara ringkas, Marina berminat dan mahir dalam apa-apa yang berkenaan dengan makanan dan berkaitan dengan budaya dan keluarga. Marina sekarang mengutamakan masakan tradisional yang dimasak dengan cara moden dengan harapan yang masakan dulu-dulu tidak lupai. "
CONTENT PREVIEW OF THE BOOK
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 8 Pengenalan – Makanan Gerai 9 Ramuan yang Digunakan 10 Cucur Udang 12 Popiah Goreng Bersira Cili 14 Pisang Goreng 16 Rojak Pasembur 20 Rojak Buah 22 Kentang Bakar 24 Roti John Keju 26 Otak-otak 28 Tauhu Sumbat 30 Laksa Kari 32 Nasi Ayam 34 Wantan Mee 36 Roti Canai 38 Naan 40 Cakoi 42 Vadai 44 Apam Balik 46 Murtabak 48 Kuetiau Goreng 50 Yong Tau Foo 52 Mi Goreng Mamak 54 Nasi Lemak 56 Mihun Goreng 58 Kuih Lapis 60 Seri Muka "