Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Pasta sekarang semakin diminati rakyat Malaysia. Generasi muda terutamanya, suka pasta sebab ia lebih senang dimasak dan lebih sihat jika dibandingkan dengan nasi atau mi kuning. Saya teruja dengan bentuk pasta yang berbagai-bagai dengan pewarna semula jadi, sperti ubi bit, lobak merah dan bayam. Inilah yang membuat memasak pasta seronok! Pasta sungguh versatil, ia boleh dimakan sejuk sebagai salad seperti Salad Farfalle Ikan Tuna, manakala Salad Pasta Spiral Epal dan Anggur adalah pilihan paling sesuai semasa berkelah. Bila teringin nak menjamu makanan comfort, pasta sangatlah sesuai dimasak bersama sup misalnya Sup Pasta Spiral Ayam atau Minestrone. Seterusnya adalah kegemaran ramai – pasta sebagai hidangan utama. Siapa tidak suka Spageti Bolognaise yang klasik? Same seperti para remaja yang lain, anak-anak saya bahkan saya sendiri semua suka Fettuccine Carbonara yang berkrim pekat. Manakala ibu saya suka Fettuccine Marinara Makanan Laut dan Aglio Olio Udang pedas yang senang dimasak. Anak sulung saya pula memang pandai memasak Cacio e Pepe dan basil pesto yang sangat sedap menggunakan batu lesung, dengan mengikut cara nenek Itali!
"Biodata Marina Mustafa adalah penulis buku masak dengan 14 buah buku berlainan tajuk. Setengah dari buku masakannya telah disenaraikan dalam kategori ‘buku masak terlaris’. Tiga daripada buku Marina telah memenangi anugerah Gourmand International Cookbook Awards di Perancis pada tahun 2017 dan 2018. Pada Disember 1991, keluarga Marina telah membuka restoran Cafe Dania dan mengendalikanya selama 14 tahun. Kebanyakan masakan yang dihidangkan adalah kontinental atau masakan ala barat. Marina ialah duta kepada Philips Malaysia dan telah berkhidmat semenjak tahun 2012. Kerjanya banyak melibatkan pengunaan alat perkakas dapur Philips dan Philips Avent. Di antaranya demontrasi masakan, menjadi hakim pertandingan masakan, mencipta resipi, menjalankan bengkel masakan, mengendali pek makanan media dan blogger, rakaman video masakan, menyertai pelancaran produk baru dan juga aktiviti di hospital berlainan. Marina mecipta resipi-resipi untuk syarikat antarabangsa seperti McCormick dan Saladmaster, syarikat jualan langsung seperti Tupperware dan Amway, dan juga syarikat tempatan besar seperti F&N, Gardenia dan Lam Soon Group. Pada tahun 2014, Marina dijemput untuk memasak di hadapan presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedow, untuk Asiada Master-Class Cooking Event di Ashgabat. Selain itu, Marina pernah menyertai beberapa rancangan masakan, yang pertamanya adalah ‘Dari Dapur Marina’ di Astro Awani, diikuti dengan rancanganrancangan lain yang disiarkan di TV2, TV3 dan NTV7. Marina juga menguruskan sekolah masak untuk beberapa tahun, dengan fokus kepada masakan bersama kanak-kanak, di mana sekolah masak Marina mendapat sambutan hangat dari pihak media. Marina sekarang berkerjasama dengan The Culinary Studio untuk memulakan kelas masak secara berterusan. Tambahan pula, Marina adalah juga stailis makanan untuk Air Asia, Kentucky Fried Chicken dan Daisy Marjerin. Pada tahun 2019, Marina telah menulis sebuah buku masak untuk NuMee Gardenia Marina mencipta resipi untuk NuMee Gardenia bersama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan khas untuk sekolahsekolah kebangsaan di mana resipi Marina diikuti dan dimasak oleh pengusaha kantin untuk dihidangkan di semua sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah seluruh Malaysia. Di samping itu, Marina juga mengajar memasak di masjid dan Pusat Spastik Selangor sebagai amal jariah selama 10 tahun. Secara ringkas, Marina berminat dan mahir dalam apa-apa yang berkenaan dengan makanan dan berkaitan dengan budaya dan keluarga. Marina sekarang mengutamakan masakan tradisional yang dimasak dengan cara moden dengan harapan yang masakan dulu-dulu tidak lupai. "
CONTENT PREVIEW OF THE BOOK
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 8 Pengenalan – Pasta Senang 9 Ramuan dan Rempah yang Biasa Digunakan 12 Salad Farfalle Ikan Tuna 14 Salad Pasta Spiral Epal dan Anggur 16 Salad Pasta Ayam dan Walnat 18 Minestrone 20 Sup Pasta Daging Sarapan dan Kacang Hijau 22 Sup Pasta Spiral Ayam 24 Sup Tortellini Sosej 26 Sup Kubis Bunga dengan Farfalle 28 Telur Dadar Pasta Tuna 30 Carbonara Fettuccine 32 Aglio Olio Udang 34 Spageti Bolognaise 36 Arrabbiata Ayam 38 Pasta Goreng Daging 40 Pasta Keju dan Lada Hitam 42 Pasta Fettuccine Al Fredo Udang 44 Pomodoro Pasta 46 Penne dengan Sos Cendawan Berkrim 48 Fettuccine Pesto Daun Kemangi 50 Linguine Udang Bawang Putih 52 Udang Diavolo 54 Fettuccine Marinara Makanan Laut 56 Pasta Tomato Ceri Bawang Putih 58 Lasagne Bakar Mudah 60 Spageti Bebola Daging "