Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Periuk tekanan adalah satu-satunya perkakasan dapur yang telah lama digunakan di dapur. Ibu saya selalu agak takut dengan periuk tekanan yang digunakan di atas dapur api kerana ia agak bising dengan siulannya dan kadang-kadang seperti gunung berapi meletup apabila tekanan dilepaskan. Pada zaman kini, penggunaan periuk tekanan ini lebih relevan di mana makanan perlu dimasak cepat dan sedap dengan tambahan ciri-ciri keselamatan. Periuk tekanan elektrik masa kini sungguh senang digunakan. Untuk memasak ayam, hanya tekan ‘CHICKEN’ dan ‘START’ untuk memasaknya. Untuk memasak Dhal, tekan saja ‘LENTILS’ dan ‘START’ di mana masa memasak dan tekanan yang sesuai telah siap diprogramkan. Walaupun periuk tekanan dicipta untuk memasak bahagian daging yang keras dalam masa singkat. Akan tetapi, periuk tekanan telah menjadi perkakas dapur yang serbaguna hari ini. Periuk Tekanan boleh memasak Nasi Beriani Kambing, Nasi Ayam Belanga, Nasi Daging Utara dan Paella Makanan Laut dalam jangka masa 15 minit sahaja. Kek yang dimasak dalam periuk tekanan juga sangat lembut dan gebu. Selain itu, Dodol Durian dan Serunding Daging juga sangat senang dan cepat dimasak dengan periuk tekanan.
"Biodata Marina Mustafa adalah penulis buku masak dengan 14 buah buku berlainan tajuk. Setengah dari buku masakannya telah disenaraikan dalam kategori ‘buku masak terlaris’. Tiga daripada buku Marina telah memenangi anugerah Gourmand International Cookbook Awards di Perancis pada tahun 2017 dan 2018. Pada Disember 1991, keluarga Marina telah membuka restoran Cafe Dania dan mengendalikanya selama 14 tahun. Kebanyakan masakan yang dihidangkan adalah kontinental atau masakan ala barat. Marina ialah duta kepada Philips Malaysia dan telah berkhidmat semenjak tahun 2012. Kerjanya banyak melibatkan pengunaan alat perkakas dapur Philips dan Philips Avent. Di antaranya demontrasi masakan, menjadi hakim pertandingan masakan, mencipta resipi, menjalankan bengkel masakan, mengendali pek makanan media dan blogger, rakaman video masakan, menyertai pelancaran produk baru dan juga aktiviti di hospital berlainan. Marina mecipta resipi-resipi untuk syarikat antarabangsa seperti McCormick dan Saladmaster, syarikat jualan langsung seperti Tupperware dan Amway, dan juga syarikat tempatan besar seperti F&N, Gardenia dan Lam Soon Group. Pada tahun 2014, Marina dijemput untuk memasak di hadapan presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedow, untuk Asiada Master-Class Cooking Event di Ashgabat. Selain itu, Marina pernah menyertai beberapa rancangan masakan, yang pertamanya adalah ‘Dari Dapur Marina’ di Astro Awani, diikuti dengan rancanganrancangan lain yang disiarkan di TV2, TV3 dan NTV7. Marina juga menguruskan sekolah masak untuk beberapa tahun, dengan fokus kepada masakan bersama kanak-kanak, di mana sekolah masak Marina mendapat sambutan hangat dari pihak media. Marina sekarang berkerjasama dengan The Culinary Studio untuk memulakan kelas masak secara berterusan. Tambahan pula, Marina adalah juga stailis makanan untuk Air Asia, Kentucky Fried Chicken dan Daisy Marjerin. Pada tahun 2019, Marina telah menulis sebuah buku masak untuk NuMee Gardenia Marina mencipta resipi untuk NuMee Gardenia bersama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan khas untuk sekolahsekolah kebangsaan di mana resipi Marina diikuti dan dimasak oleh pengusaha kantin untuk dihidangkan di semua sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah seluruh Malaysia. Di samping itu, Marina juga mengajar memasak di masjid dan Pusat Spastik Selangor sebagai amal jariah selama 10 tahun. Secara ringkas, Marina berminat dan mahir dalam apa-apa yang berkenaan dengan makanan dan berkaitan dengan budaya dan keluarga. Marina sekarang mengutamakan masakan tradisional yang dimasak dengan cara moden dengan harapan yang masakan dulu-dulu tidak lupai. "
CONTENT PREVIEW OF THE BOOK
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 8 Pengenalan – Resipi Pressure Cooker Mudah 9 Ramuan dan Rempah yang Biasa Digunakan 12 Kari Ayam 14 Daging Asam Pedas 16 Kicap Daging 18 Rendang Ayam Tua 20 Paha Ayam Cola 22 Serunding Daging 24 Sup Gearbox 26 Sup Labu 28 Daging Pot Roast 30 Paella Makanan Laut 32 Kentang Lenyek Keju 34 Nasi Beriani Kambing 36 Nasi Arab 38 Nasi Ayam Belanga 40 Nasi Daging Utara 42 Mihun Sup Bebola Ikan 44 Yogurt 46 Puding Roti Mentega 48 Kek Coklat Fudge 50 Kek Pisang 52 Kek Gula Hangus 54 Seri Kaya Labu 56 Dodol Durian 58 Pengat Ubi 60 Bubur Pulut Hitam "