Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
TRAGEDI berdarah di New Zealand telah merubah hidup pegawai polis Australia bernama Jessica. Serangan ke atas umat Islam di dua buah masjid di bandar Chrischurch telah menyebabkan Jessica turut menerima bahana apabila diserang penjenayah sehari selepas insiden itu. Rakan setugasnya terbunuh dan Jessica terlantar di hospital. Setelah sembuh, Jessica diarahkan ke Swan Hill untuk melaksanakan tugasan undercover. Dia harus memburu Adam – penjenayah rakyat Malaysia yang diyakini terkait dengan agenda keganasan. Jessica berjaya masuk ke dalam kehidupan Adam. Malangnya – dia jatuh cinta pada Adam sekali gus membuatkannya dalam dilema antara cinta dan kerjaya.