Product Info
Description
KEMBARA MISTIK 2.0: KUBUR - FP
NOW: RM 13.00 (-0%)
MEMBER: RM 13.00 (-0%)
KEMBARA MISTIK 2.0: PERPUSTAKAAN - FP
NOW: RM 13.00 (-0%)
MEMBER: RM 13.00 (-0%)
PRODUCT INFORMATION
Judul 1: SAMITHA Penulis: Khairul Ahmad (Zaifuzaman Ahmad) Sebuah makam lama telah ditemui secara tidak sengaja. Lalu ahli arkeologi telah ditugaskan untuk menyelidiki satu mumia yang berada di dalam makam tersebut. Anehnya makam tersebut terpaksa melalui sebuah perigi buta sebagai pintu masuk. Tidak ditanam seperti adat kebiasaan makam lama. Secara tidak sengaja Albert telah membaca satu mantera lama bagi menghidupkan mumia yang berada didalam makam tersebut sewaktu dia menafsirkan tulisan heiroglif yang terdapat pada dindin makam dan pada peti mayat batu itu. Lalu mayat Samitha yang ditanam ribuan tahun dahulu bangkit dan membalas dendam. Syarat untuk dia pulih dan mendapatkan ilmu yang dimilikinya dia memerlukan jantung manusia. Allysa Wood telah terperangkap di dalam terowong. Dia cuba mencari jalan untuk menuju kepintu masuk pada telaga buta itu namun tidak berhasil. Setalah dibantu oleh Albert akhirnya Allysa dapat juga menemui jalan keluar. Namun Samitha terlebih dahulu menjumpai Allysa. Gadis itu akhirnya ditangkap dan dibunuh oleh Samitha. Albert terpaksa menutup dan menimbus semula perigi buta itu sebagai jalan penyelesaiannya setelah dia gagal menyelamatkan Allysa. PROJEK A: PERIGI Judul 2: PANGGILAN PUTERI Penulis: Eb Reeza Sebuah keluarga kembali ke kampung halaman semula apabila sebidang tanah telah diberikan kepada mereka. Si suami sudah berimpian untuk membina homestay di tanah pusaka itu. Tanpa disedari, anak-anak perempuan mereka telah bermain di kawasan tanah pusaka dan terjumpa sebuah perigi buta yang ditutup mulut perigi. Mereka berdua berasa teruja dengan perigi itu lalu si adik berusaha untuk membuka penutup perigi yang telah dipaku. Sebaik sahaja penutup itu dibuka, sesuatu bayangan hitam telah menerjah keluar dengan bau yang sangat busuk. Si kakak tidak sedap hati lalu mengajak adiknya pulang kerana tiada apa di dalam perigi itu. Si adik telah memberitahu ibu bapanya tentang perigi yang mereka jumpai. Mereka bercadang untuk menjadikan perigi itu sebagai tarikan pelancongan. Namun, pada malam itu, datang seorang puteri yang sangat jelita memanggil si adik. So adik teruja melihat si puteri lalu mengikuti panggilan puteri itu sehingga ke perigi. Si adik telah masuk ke dalam perigi itu bersama puteri. Keesokan harinya, apabila si kakak bangun dan menjerit apabila adiknya hilang. Kelam kabut seketika keluarga mereka. Lalu si kakak mencadangkan agar mereka ke perigi buta itu kerana adiknya sangat teruja dengan perigi yang ditemui. Mereka melihat bayangan adik mereka masuk ke dalam perigi, lalu si kakak tanpa fikir panjang masuk ke dalam perigi demi menyelamatkan adiknya. Di dalam perigi, si kakak terkejut apabila dibawa ke zaman dahulu dan dia terpaksa berhadapan dengan adiknya yang bertukar watak. Adiknya penuh dengan ilmu sihir hitam. Si kakak terpaksa berhadapan dengan sihir adik sehingga dia dikurung. Walaubagaimanapun, si kakak dapat menyelamatkan si adik dengan mengurung semula roh puteri yang kejam itu. Walaupun si adik dpt diselamatkan tetapi adiknya menjadi gila dan sentiasa memanggil puteri itu. PROJEK A: PERIGI Judul 3: SUMUR PENGANTIN Penulis: Syasya de Luna Desa Batu Nilam yang terletak di perosok hutan menyimpan kisah tentang adat perkahwinan yang ditentukan oleh penjaga sumur. Kali ini giliran Rupawan dan Jelita mengikut perintah untuk mengakhiri zaman bujang mereka. Namun, kehadiran Rupawan di desa itu tidak disenangi sejak kecil. Gadis yang cantik, malah hatinya yang mulia amat dikasihi oleh Jelita. Namun, konflik mendesak mereka berdua. Malam pernikahan, hanya Rupawan tidak mempunyai pasangan. Penduduk desa mula menyedari, kisah lama mungkin kembali terjadi. Jelita tidak betah melihat nasib Rupawan. Dua beradik bakal memakan sumpah kerana melanggar pantang larang. Demi menyelamatkan diri masing-masing, Rupawan dan Jelita terpaksa memutarkan kembali perjanjian antara penduduk desa dan penjaga sumur. Mangsa pertama yang menerima nasib yang sama seperti Rupawan namun berjaya menyelamatkan diri, dicari mereka berdua. Namun, mencari penyelesaian akan menyebabkan lebih banyak pantang larang dilanggar. Jandir, si lelaki tua yang bertanggungjawab menjaga adat di desa Batu Nilam memaksa Rupawan untuk mengikut perintah penghuni sumur. Jika tidak, desa itu akan menerima malapetaka. Kehendak penjaga sumur berkait dengan perjanjian dengan keluarganya. Sumur yang ditemui nenek moyangnya yang berhijrah dari desa Batu Kumerlang demi mendapatkan jodoh, mengikat Rupawan yang sudah lama diperhatikan penjaga sumur sejak lahir. Rupawan terpaksa memilih untuk menentang atau menerima nasibnya lantaran bukan nyawanya saja menjadi taruhan.