Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Bergelar isteri sejak berusia sembilan belas tahun, Hayla tak pernah bahagia. Malah cukup terseksa tatkala menjadi mangsa keganasan suaminya sendiri. Perbezaan usia yang ketara membuatkan Zafran begitu keras menjunjung ego. Gila kuasa! Semua mahu diatur suaminya dari A to Z. Lima tahun menadah sepak terajang, Hayla tekad untuk melarikan diri. Beberapa siri pertemuan dengan seorang pemuda ‘tak berperasaan’, perlahan-lahan telah mengubah rentak hidupnya. Dan siapa sangka ‘tuan’ yang mentadbir rumah agam tempat dia menumpang adalah orang yang sama. Pemuda tak ada perasaan itulah! Dan Anaqi pula bukan sembarangan manusia. Diasuh dan dilatih menjadi lelaki yang hebat dan cekap, tak pernah gentar dia menghadap cabaran dunia. Tapi satu kemalangan yang cukup tragis telah meranapkan segala keyakinannya. Hancur. Musnah. Lenyap segala kemahsyuran yang dibina. Dia bernafas hanya demi menanti ajal yang bakal tiba. “Kau buat apa dekat rumah ni?” ~ ANAQI “Oh, saya baru mula kerja dekat sini encik. Jadi tukang kebun.” ~ HAYLA Pelbagai peristiwa dan dugaan telah mewarnai hubungan Hayla bersama Anaqi. Ada tentang gembira, ada juga ujian tak terduga. Tapi sebanyak mana pun halangan mendatang, perasaan itu tetap sukar dilawan. Bagi Hayla, dia tetap berkehendakkan Anaqi. Nak kata dia perigi cari timba? Katalah. Dia cuma ingin bahagia walau hanya sekali. Tapi bagi Anaqi pula, cinta Hayla tak layak disambut. Bagaimana tangan yang kotor ini mahu membelai gadis sesempurna itu? Dia bukan lelaki yang baik. Dia seorang pembunuh! Dan hubungan mereka pasti akan menjadi satu ‘tiket’ untuk musuh-musuhnya memusnahkan segala bahagia yang mereka cipta bersama. “Kalau ini yang terbaik untuk kau dan aku, then let’s love each other. Tapi sekali kau datang pada aku dengan cinta, selama-lamanya kau tersekat bersama aku. I will never let you go, I promise.” ~ ANAQI Tapi, mudahkah perjalanan mereka semudah melafaz satu janji?